Dr. Maszlee Malik
Mantan Menteri Pendidikan Malaysia | Pengerusi IAIS

Author: Dr. Maszlee

Hari Akademia 2021: Memugarkan Budaya Dialektika Dunia Akademia

Terma dialektika (dialectic) kerap disalahertikan dan dipandang sinis di dunia Muslim kerana sering dikaitkan dengan dialektika materialisme ala-Marx dan Engel. Ianya disikapi sebagai tunjang asas kepada kepercayaan materialisme, dan penolakan terhadap ghaibiyat serta mauduk melampaui hukum fizik. Hakikatnya, ketika Hegel muncul dengan teori dialektikanya, beliau lebih merujuk kepada proses perkembangan ilmu berdasarkan hukum tabi’i dan keserasiannya dengan rasional.

Dialektika adalah proses pergelutan antara tesis dengan antitesis di mana penghujungnya akan menghasilkan sintesis, dan ianya berterusan seumpama lingkaran (spiral) yang sentiasa membuahkan tesis, antitesis dan sintesis seterusnya. Maka, begitu juga halnya terhasilnya ilmu, pengetahuan, hukum-hakam sains, dan segala macam penemuan dan rekacipta yang akhirnya memudahkan (dan ada juga yang turut memusnahkan) kehidupan manusia. Pendek kata, proses dialektika amat penting untuk pecapahan dan perkembangan ilmu.

Sedari zaman Greek lagi, kita telah dipersembahkan dengan proses dialektika falsafah dan ilmu lewat bicara Socrates, Plato dan Aristotle. Pada zaman keemasan dunia Islam pula, pelbagai proses dialektika ilmu hasil dari ‘jidal’ (debat) di antara para ilmuwan, sama ada ketika sama-sama mereka hidup, mahupun antara ilmuwan yang masih hidup terhadap mereka yang datang sebelumnya, akhirnya menatijahkan banyak penemuan-penemuan dan ilmu-ilmu baharu yang menjadi tonggak asas pelbagai disiplin ilmu moden.

Proses dialektika tidak akan berlaku tanpa pemikiran yang kritikal, proses pengamatan analitikal dan juga proses penilaian ilmu yang objektif bersandarkan metod yang saintifik dan rasional. Inilah resepi kekal malar segarnya ilmu-ilmu falsafah dan metodologi kajian saintifik yang menjadi dasar kepada semua penemuan-penemuan baharu dan perkembangan ilmu pengetahuan moden.

Proses dialektika tidak akan subur dengan budaya jadong, budaya enggeh (Bahasa Jawa bermaksud menurut perintah), budaya bodek, budaya pasif, budaya ‘mediocrity’ (cukup makan) dan juga budaya keselesaan (atau malas). Sebaliknya, ia akan sentiasa pugar jika pemikiran kritis, budaya debat, sikap analitikal, sikap tidak berpuashati dengan menerima sahaja, budaya kecemerlangan dan juga semangat pencarian (inquisitive spirit or mindset) sentiasa menjadi gaya hidup atau sikap para ilmuwan.

Sikap para ilmuwan atau ahli akademik yang tidak berpuashati dengan apa yang ada, dan inginkan yang ideal itulah yang akan menjadikan budaya dialektika terus subur di dalam ranah pendidikan dan sumur keilmuwan. Inilah yang diperlukan di parlak keilmuwan, iaitu menara gading dan institusi pengajian tinggi, ataupun dalam bahasa ilmiahnya, ‘dunia akademik’.

Jika pada thaun 60-an, berlaku perdebatan hangat antara dua ilmuwan Inggeris, C.P Snow dan F.R Leavis tentang pertentangan antara bidang sastera (arts) dan sains yang telah menyaksikan Rede Lecture di Cambridge sebagai medan untuk Snow menjulang bidang sains di dunia akademia, manakala Richmond Lecture di Oxford pula oleh Leavis untuk mematahkan hujah Snow. Perdebatan dan hujah-hujah mereka menjadi perdebatan umum dan topik bualan ahli akademik. Di dunia Perancis pula perdebatan antara Albert Camus dan sahabatnya Jean-Paul Sartre mengenai keutamaan dan kepentingan kebebasan individu dan peranan intelektual, yang manakah lebih utama serta pelbagai isu lain yang mewarnai perbincangan ahli akademik di Perancis pada waktu yang sama. Manakala mutakhir pula, perdebatan antara Stephen Jay Gould dan Richard Dakwins juga tidak kurang hebatnya.

Dunia akademik melampaui sekadar mengejar KPI, mengejar ranking dan juga budaya ‘kow tow’ pihak berkuasa untuk kedudukan dan imbuhan. Ia harus penuh dengan budaya dialektika ilmu. Ia perlu subur dan segar dengan perdebatan umum yang akan membuahkan solusi untuk masalah negara, masalah masyarakat dan masalah sejagat. Dunia akademia perlu rancak dengan perdebatan umum dan percambahan minda jika kita ingin institusi pengajian tinggi kita benar-benar menjadi otak dan jiwa kepada masyarakat.

Walau bagaimanapun, kesemuanya harus bermula dengan konsep autonomi universiti, bebasnya universiti dari agenda politik kepartian dan budaya minda tertawan (captive mentality). Dunia akademia wajib berdiri atas kakinya sendiri dan mempunyai perimeter kemandirian tanpa tunduk kepada agenda politik kepartian mahupun agenda syarikat-syarikat pemodal mahupun individu berkepentingan. Maka, di situlah letaknya kemegahan dan nilai tinggi dunia akademia dan ahli akademik.

Tahun ini warga akademia Malaysia menyambut ‘Hari Akademia Kebangsaan’ buat tahun ketiga semenjak perisytiharannya pada 5 Oktober 2019. Hari Akademia itu berinspirasikan Hari Guru Sedunia UNESCO yang kebiasaannya disambut oleh kesatuan-kesatuan akademik pada masa lalu terutamanya di UIAM. Tahun ini KPT menyambutnya dengan tema ‘Akademia Diperkasa, Digitalisasi Dibudaya’ berdasarkan keadaan semasa akibat wabak COVID-19. 

Tidak kiralah apapun suasananya, warga akademia yang merupakan otak dan jiwa kepada nusa harus menyuburkan budaya dialektika. Pembelajaran atas talian, pembelajaran digital dan banyak lagi pendekatan terkini tidak boleh disikapi sebagai ‘ends’ ataupun matlamat, tetapi hanya sebagai ‘means’ (wahana) ataupun ‘tools’ (alat) untuk meneruskan ruh akademia itu sendiri. Universiti sebagai pusat menghasilkan para intelektual yang berperanan untuk menyelesaikan masalah sebenar masyarakat dan memandu serta memacu halatuju negara perlu sentiasa dipugarkan peranannya.

Bersempena RMK12 yang telah dibentangkan di Parlimen, saya telah membawa agenda reformasi pengajian tinggi yang mesti diteruskan oleh kerajaan demi mengangkat wibawa pendidikan tinggi negara:Antara perkara yang telah diutarakan termasuk penubuhan semula Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) yang termaktub dalam Akta Majlis Pendidikan Tinggi Negara 1996 (Akta 546); Lembaga Pengurusan (LPU) Universiti Awam juga hendaklah bebas daripada lantikan politik dan dihadkan hanya kepada dua penggal sahaja bagi setiap lantikan; penubuhan ‘Jawatankuasa Integriti Penyelidikan Kebangsaan’ seperti yang pernah dicadangkan oleh Majlis Sains Negara (2017); pindaan Akta 605 untuk menjamin kebebasan akademik dan menjaga integriti ahli akademik; pemansuhan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (Akta 30) dan digantikan dengan undang-undang yang lebih komprehensif bersekali dengan akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555); penerusan usaha penubuhan Kesatuan Pelajar di semua IPT dan pemerkasaan IPTS di seluruh negara berdasarkan ‘road map’ IPTS 2020-2025.

Harapan saya agar dengan segala usaha reformasi ini, wibawa pendidikan tinggi negara akan diangkat, dan tahap ahli akademik kita akan lebih dihormati sama ada di dalam mahupun di luar negara. Ini perlu dimulakan segera agar Malaysia tidak berterusan ketinggalan dalam arena pendidikan tinggi sepertimana yang telah kita saksikan semenjak 18 bulan yang lalu. 

Apapun usaha reformasi kita untuk pengajian tinggi, ia harus dimulakan dengan kelestarian berterusan budaya dialektika akademia yang sewajarnya dihayati oleh semua ahli akademik.

Cadangan Reformasi Pendidikan Daripada JK Pendidikan PH Kepada YAB Perdana Menteri Ke-9

KENYATAAN MEDIA JAWATANKUASA PENDIDIKAN PAKATAN HARAPAN

29 Ogos 2021

Menjunjung titah KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong pada 20 Ogos 2021, melalui Kenyataan Media Istana Negara yang menyeru agar semua ahli Dewan Rakyat mengenepikan agenda politik dengan bersatu hati dan bersepakat berusaha untuk menangani pandemik COVID-19 demi kepentingan rakyat dan negara, Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan (JKPPH) mengambil pendirian untuk mengemukakan agenda khususnya terkait isu reformasi pendidikan kepada YAB Perdana Menteri agar ianya dipertimbang seterusnya dilaksana.

Bertitik tolak dari semangat ‘Keluarga Malaysia’ yang telah digagaskan YAB Perdana Menteri semasa ucapan sulungnya tempoh hari, maka JKPPH menganggap inilah masa yang sesuai segala cadangan yang dikemukakan dapat diperhalus berserta kerjasama pelbagai pihak termasuk ahli Dewan Rakyat digembleng ke arah mewujudkan sebuah sistem pendidikan yang lebih mapan dan relevan dalam tempoh yang mencabar ini.

Oleh yang demikian, JKKPH mencadangkan beberapa langkah untuk mereformasikan sistem pendidikan termasuk bidang pengajian tinggi, seperti berikut:

Reformasi Pendidikan Dasar

  1. Merangka satu pelan besar (master plan) Pendidikan merangkumi pendidikan dasar, pendidikan tinggi dan pendidikan TVET, serta perancangan jangkamasa panjang yang strategik, mapan dan telus untuk pendidikan selepas pandemik berakhir. Pernyataan Polisi ‘Pendidikan di kala wabak COVID-19: Solusi buat Malaysia’ oleh mantan Menteri Pendidikan boleh dijadikan dasar dan panduan untuk tujuan berkenaan.
  2. Penubuhan ‘Majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan’ (MTPK) yang akan dianggotai oleh para pemegang taruh, terutamanya wakil-wakil dari NUTP, UNICEF, WHO, KKM, pakar-pakar Pendidikan, Institusi Pengajian Tinggi (IPT), badan-badan pengkaji, NGO Pendidikan, Ahli-Ahli Parlimen Kerajaan dan Pembangkang, terutamanyamereka yang pernah bergelumang dalam

sektor pendidikan untuk menangani masalah pendidikan pasca-pandemik yang amat serius ini melalui penghasilan pelan yang disebutkan serta memantau pelaksanaannya. Kerajaan juga hendaklah menggunakan secara maksimum kepandaian buatan (artificial intelligence) dan data raya (big data) untuk membantu menangani kemelut Pendidikan ini.

  • Pengurusan berkaitan penutupan dan pembukaan sekolah sewaktu COVID-19 hendaklah diturunkan (decentralized) kepada peringkat sekolah dan PPD dengan persetujuan ibu bapa. Sebarang keputusan yang dibuat juga hendaklah berdasarkan sains dan data dengan dipandu garis panduan oleh WHO. KPM hendaklah mempunyai pakar rujukan utama berhubung sains dan data dengan melantik pakar-pakar dari hospital-hospital Universiti Awam sebagai rujukan utama. Elakkan keputusan pukul rata atau ‘one size fits all’.
  • Kebenaran untuk MP dan ADUN tanpa kira pihak kerajaan atau pembangkang untuk terlibat dengan pihak sekolah dan institusi Pendidikan, Pejabat Pendidikan Daerah, dan jabatan Pendidikan Negeri di kawasan masing-masing untuk membangunkan pendidikan serta infrastruktur dan bukan untuk tujuan politik.
  • Melaksanakan Laporan Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara 2019 terutamanya berkaitan Model Pendidikan Baharu (New Education Model). Ianya perlu dibawa ke kabinet untuk diluluskan dan dilaksanakan selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025).
  • Menghidupkan semula JK Dataraya (Big Data Committeedi KPM agar segala keputusan, dasar dan Pendidikan dapat dirumuskan dan dipandu oleh data, sains, deep analytics dan kepandaian buatan (artificialintelligence).
  • Pemberian insentif kepada para guru di dalam bentuk one-off ataupun pengecualian cukai di atas usaha dan wang ringgit yang mereka gunakan sepanjang PdPR.
  • Pelaksanaan semula ‘Program Sarapan Pagi’ percuma kepada setiap murid di sekolah seperti mana yang pernah direncanakan pada tahun 2019 apabila sekolah dibuka semula. Ini akan dapat membantu keluarga yang kini ramai tergolong dalam B50, dan juga dapat membantu para pengusaha kantin sekolah dan pembekal makanan basah ke kantin-kantin sekolah.

Reformasi Pengajian Tinggi

  1. Penubuhan kembali Majlis Pendidikan Tinggi Negara (MPTN) yang termaktub dalam Akta Majlis PendidikanTinggi Negara 1996 (Akta 546).
  2. Demi menjamin kewibawaan dan kredibiliti institusi pengajian tinggi, keanggotaan Lembaga Pengurusan (LPU) Universiti Awam juga hendaklah bebas dari lantikan politik dan dihadkan hanya kepada dua penggal sahaja bagi setiap lantikan.
  3. Imej ahli akademi Malaysia yang tercalar kerana isu penerbitan di jurnal pemangsa (predator Journals) dan juga isu plagiarisme perlu ditangani secara sistemik. ‘Jawatankuasa Integriti

Penyelidikan Kebangsaan’ yang pernah dicadangkan oleh Majlis Sains Negara (2017) perlu diwujudkan segera.

  1. Akta 605 perlu dipinda untuk menjamin kebebasan akademik dan menjaga integriti para akademik sepertimana yang pernah dibawakan pada tahun 2019, ianya hanya perlukan kelulusan dari Perdana Menteri tanpa perlu dibawa ke parlimen.
  2. Meneruskan usaha yang telah dilakukan oleh JK Pemansuhan AUKU untuk memansuhkan Akta Universiti Kolej Universiti 1971 (Akta 30) dan digantikan dengan undang-undang yang lebih komprehensif bersekali denganakta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta 1996 (Akta 555);
  3. Meneruskan usaha penubuhan Kesatuan Pelajar di semua IPT (Institut Pengajian Tinggi).

JKPPH dengan tegas memohon agar cadangan-cadangan ini dipertimbang oleh YAB Perdana Menteri termasuk YB Menteri Kanan Pendidikan dan YB Menteri Pengajian Tinggi bagi menghentikan segala krisis pendidikan yang sedang berlaku di negara kita.

“MEMULIHKAN NEGARA, MENGEMBALIKAN DEMOKRASI”

Anggota Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan:

YB Dr Maszlee Malik, Pengerusi (Ahli Parlimen Simpang Renggam) YB Nik Nazmi Nik Ahmad (Ahli Parlimen Setiawangsa, KEADILAN) YB Datuk Dr Hasan Bahrom (Ahli Parlimen Tampin, AMANAH)

YB Teo Nie Ching (Ahli Parlimen Kulai, DAP)

YB Natrah binti Ismail (Ahli Parlimen Sekijang, KEADILAN)

YB Steven Sim Chee Keong (Ahli Parlimen Bukit Mertajam, DAP) YB Rusnah Aluai (Ahli Parlimen Tangga Batu, KEADILAN)

Pendidikan dan Wabak Covid-19: Solusi Buat Malaysia

Pendidikan sepatutnya diberikan tumpuan demi memastikan masa depan negara yang lebih baik. Solusi dan kehidupan pasca wabak perlu dipulihkan dengan intervensi dan perancangan strategik dari sekarang. Malah apa yang lebih mencabar lagi ialah pendidikan pasca-pandemik COVID-19 yang rakyat perlukan. Rakyat menanti satu pelan besar (master plan) dan perancangan jangkamasa panjang yang strategik, mapan dan telus untuk pendidikan selepas pandemik berakhir. Pelan Pendidikan pasca pandemik ini mestilah bersifat holistik dan komprehensif dengan mengambil kira keperluan untuk melakukan “Great Reset” untuk pendidikan dan kurikulum demi masa depan rakyat dan negara.

Pernyataan polisi ini adalah secebis usaha ringkas yang sempat saya coretkan hasil libaturus dengan pakar-pakar kesihatan, pendidikan dan juga ahli masyarakat yang cakna dan prihatin terhadap masa depan Pendidikan negara. Ia merupakan himpunan beberapa artikel, ucapan perbahasan dan kenyataan-kenyataan media yang pernah saya keluarkan, samada secara sendirian mahupun bersama rakan-rakan dari blok pembangkang di parlimen, dan juga bersama Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan. 

Penyataan Polisi ini dibahagikan kepada dua bab: Bab pertama ialah berkaitan isu-isu Pendidikan yang timbul sewaktu wabak melanda dan syor jalan keluar bagi semua masalah tersebut. Kita bukan sekadar mengemukakan masalah tetapi juga memberikan jalan penyelesaian; Bab kedua pula ialah pembentangan pelan pemulihan jangkamasa panjang untuk isu pendidikan dengan mengemukakan solusi yang tuntas demi menghadapi dunia IR 4.0 yang lebih mencabar dan juga dunia pasca COVID-19 yang memerlukan pendekatan luar biasa dan bukan konvensional. 

Bagi bab pertama, sebanyak 14 isu utama ditimbulkan: Mukadimah, PdPR, Penutupan dan Pembukaan Sekolah, Lost Generation, Vaksin, TV Pendidikan, Radio Pendidikan, Insentif Guru, Kempen Membaca, Pendidikan Sebagai Proses Holistik Sewaktu Wabak Melanda, Alternatif Kepada Pemansuhan UPSR, Majlis Tindakan Pendidikan Kebangsaan dan Pengajian Tinggi. 

Di dalam bab kedua pula, sebanyak 12 isu dibawakan sebagai pelan cadangan jangkamasa panjang untuk Pendidikan: Laporan JKDPN, Model Sistem Pendidikan Baharu (New education Model), JK Dataraya, Program Sarapan Pagi, Pendidikan Kalis Masa Hadapan, Hyperscale Public Cloud Computing (Komputer Awan Awam Berskala) dan Pendidikan, Majlis Pendidikan Tinggi Kebangsaan, Amalan Revolusi Perindustrian 4.0 Secara Imersif di Pendidikan Tinggi, Guru Berkemimpinan, Isu Integriti di IPT, Siswa Teknoperneur dan TVET 4.0 Pasca COVID-19.

Besar harapan saya agar apa yang diutarakan di dalam pernyataan polisi ini dapat dilaksanakan sebagai pelan jalan keluar dari kemelut Pendidikan sewaktu wabak COVID-19 melanda, dan pelan jangkamasa Panjang untuk memperbaiki sistem Pendidikan yang ada.

Pendidikan adalah masa depan, Pendidikan adalah nyawa kepada sesebuah negara.

Tekan di sini untuk muat turun PDF Ringkasan Penyata Polisi yang tertera di atas

TV Pendidikan: Ulang tahun ke-49

Genesis TV Pendidikan

Ide untuk mewujudkan TV Pendidikan bermula sedari tahun 1971 apabila Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengemukakan satu cadangan untuk memulakan perkhidmatan penyebaran pendidikan yang dipersatukan di Malaysia. Cadangannya ialah penggabungan perkhidmatan Radio Pendidikan, Alat Pandang Dengar dan penubuhan satu wahana baharu TV Pendidikan. Jawatankuasa Penasihat Perkhidmatan Sebaran Pendidikan (PSP) telah ditubuhkan untuk merealisasikan penubuhan TV Pendidikan yang menggunakan teknologi TV terrestrial sebagai medium penyebaran.

Pada 19 Jun 1972, siaran TV Pendidikan buat pertama kali telah dilancarkan di semenanjung Malaysia dengan rasminya oleh Allahyarham Tun Hj. Abdul Razak bin Hussein, Perdana Menteri Malaysia Kedua. Siaran TV Pendidikan telah dipancarkan melalui rangkaian Radio Televisyen Malaysia (RTM) di Kuala Lumpur dibawah Jabatan Penerangan.

Apabila wujud keseragaman sukatan pelajaran pada hampir kesemua matapelajaran, siaran TV Pendidikan telah diperluaskan dari semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak. Menteri Pendidikan pada ketika itu, YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad telah melancarkan TV Pendidikan  ke Sabah dan Sarawak pada 30 Ogos 1976. Siaran TV Pendidikan untuk Semenanjung telah disiarkan melalui RTM Kuala Lumpur; manakala bagi Sabah dan Sarawak pula penyiarannya melalui RTM Kota Kinabalu.

Bagi generasi X, tentu masih segar lagi dalam ingatan mereka program rancangan Bahasa Inggeris Bing & Bong yang memaparkan watak badut Bing dan Bong sebagai elemen menarik perhatian murid. Rancangan tersebut menjadi keminatan murid-murid walaupun transmisi pada masa itu masih lagi dalam warna hitam putih dan bukannya tv berwarna seperti hari ini.

Penerbitan video rancangan sains dan matematik pula menjadi rancangan utama TV Pendidikan dengan pelbagai genre drama, dokumentari dan demonstrasi bilik darjah. Proses penerbitan rancangan menggunakan pelbagai bahan sokongan teknologi semasa. Pegawai TV Pendidikan yang terdiri daripad pembangun kandungan rancangan program TV dan kakitangan sokongan kejuruteraan teknikal penyiaran TV Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memberikan  latihan kepada pegawai TV Pendidikan yang terdiri daripada warga pendidik sebagai penerbit rancangan TV Pendidikan dan pengkhususan masing-masing dalam dan di luar negara.

Evolusi TV Pendidikan

Pada tahun 1980, TV Pendidikan telah mewujudkan Seksyen Kejuruteraan di Kompleks di Jalan Ampang bagi menampung semua keperluan penerbitan, rakaman dan pemancaran rancangan TV Pendidikan dan Radio Pendidikan. Bahagian PSP pada ketika itu telah dibekalkan kamera-kamera video electronic news gathering (ENG)  bagi kerja-kerja penggambaran yang dahulunya menggunakan filem sahaja. Semua rakaman dijalankan menggunakan Studio Jalan  Ampang melalui Electronic field production (EFP) van yang dilengkapkan dengan peralatan terkini pada masa itu. Pada bulan januari 1987, siaran TV Pendidikan telah dipancarkan ke seluruh negara melalui saluran 2 RTM Kuala Lumpur. Selama 27 Tahun siaran TV Pendidikan disiarkan melalui saluran 1 dan 2 sejak tahun 1972.

Pada awal tahun 2000 telah berlaku perubahan besar pada TV Pendidikan. Setelah sekian lamanya RTM menjadi pelantar penyiaran TV Pendidikan melalui  teknologi teresterial, ia mula beralih kepada teknologi TV Satelit. Dari tahun 2000 sehingga 2006, TV Pendidikan hanya bersiaran melalui penyedia perkhidmatan televisyen bersatelit ASTRO yang berbayar. Hayat penyiaran TV Pendidikan KPM melalaui ASTRO juga tidak lama. Pada 1 Januari 2007, siaran TV Pendidikan ASTRO telah ditamatkan. Siaran TV Pendidikan bermula tahun 2007 telah bersiaran melalui Media Prima di secara slot airtime berbayar kepada syarikat tersebut di TV9 bermula pada 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari  setiap isnin hingga khamis termasuk cuti sekolah sepanjang dari 3 Januari 2008 sehingga 31 Disember 2008.

Di pihak KPM, Jemaah Menteri 21 Disember 2006 telah memutuskan agar TV Pendidikan di bawah seliaan KPM ditukarkan dari saluran TV ke pelantar internet. TV Pendidikan mula disiarkan melalui medium web sewaktu zaman DS Hishamudin Tun Hussein dengan mewujudkan portal Eduweb TV yang memakan belanja lebih RM90 juta. Portal EduwebTV yang telah diwujudkan dari 2008 masih beroperasi sehingga kini dengan mengabungkan semua video kurikulum Pembelajaran dan Pengajaran menjadi pusat rujukan video Pendidikan untuk digunakan oleh warga pendidik seluruh Malaysia.

Setelah 10 tahun TV Pendidikan bersiaran melalui diatas talian, pada Oktober 2018, selaku Menteri Pendidikan, saya telah mengumumkan bahawa TV Pendidikan melalui TV terrestrial digital akan dilancarkan semula selepas sekian lama tidak bersiaran. Pada waktu itu, saya melihat negara-negara maju mempunyai saluran-saluran khusus untuk Pendidikan dan juga rancangan didik hibur untuk para pelajar malah juga untuk orang dewasa. Rencananya ialah dengan menaiktaraf pelan memantapkan infrastruktur dan kandungan video Portal EduwebTV sebagai Video On Demand yang boleh diakses pada bila-bila masa sepertimana teknologi penstriman ala Netflix.

Pada hemat saya, perkembangan penyiaran TV Pendidikan harus berjalan seiring dengan perkembangan zaman. Walaupun kita mempunyai portal web Pendidikan berasaskan internet, dan juga pemyiaran bahan-bahan melalui internet, namun saluran TV teresterial masih diperlukan lagi. Ini yang berlaku di negara-negara maju. Lihatlah contoh BBC, Aljazeerah, Alarabiah dan lain-lain lagi. Kesinambungan TV Pendidikan melalui medium siaran TV Pendidikan melalui TV,  perlu disokong dengan bahan-bahan video/audio di portal EduwebTV dengan dikawal mutunya oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Malangnya usaha tersebut tidak menemui permulaannya kerana pertukara kerajaan.

Saya juga berpendapat pada Ketika itu, KPM perlu melihat keperluan TV Pendidikan didalam  menambah lagi kakitangan berkemahiran yang berlatarkan penerbitan siaran TV dan kakitangan pengkhususan Teknologi Maklumat. Satu-satunya TV Pendidikan yang dikawal selia oleh pemegangtaruhnya iaitu Bahagian Sumber dan Teknologi Pendidikan (BSTP) yang tidak ada dimana-mana bahagian di KPM. 

TV Pendidikan pasca Covid-19

Pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia awal tahun lepas, telah menyebabkan banyak negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Lockdown. Fenomena global itu telah menyebabkan kebanyakan negara menutup sekolah. Demikian juga halnya Malaysia yang telah melaksanakan PKP yang menyebabkan seluruh negara berkurung di rumah dan sekolah-sekolah di seluruh negara ditutup. Pada 6 April 2020 siaran TV Pendidikan mula bersiaran melalui TV Kerajaan di saluran TV Okey secara percuma setiap hari selama 2 jam sehari dan juga di ASTRO. Hal ini tidak mencukupi jika dibandingkan denga napa yang dilakukan oleh negara-negara lain, hatta oleh negara jiran Indonesia. Kita agak ketinggalan. Isu TV Pendidikan ini telah saya bawakan ke Dewan Rakyat. Ramai ahli parlimen lain juga turut membawakan isu ini demi kelangsungan pembelajaran anak-anak.

Setelah desakan demi desakan dibawa di parlimen dan juga media, akhirnya pada 22 Januari 2021, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah telah mengumumkan bahawa RTM akan mengkhususkan TV Okey sebagai TV Pendidikan. Pengumuman itu telah disambut dengan gembira oleh ramai pihak. Anehnya, Pada 16 Feb 2021,  KPM mengumumkan TV Pendidikan akan bersiaran secara slot airtime berbayar selama 17 jam setiap hari di stesen TV swasta NTV7, Media Prima dengan nilai RM 70 juta pada tahun 2021.  Hal ini berbeza dengan pengumuman oleh Menteri Komuikasi dan Multimedia. Ramai yang tertanya-tanya apakah yang berlaku dan mengapakan perlu diberikan RM70 juta kepad apihak swasta, jika pihak RTM milik kerajaan mampu melaksanakannya?

Pelbagai persoalan telah timbul, dan seperti kebiasaan KPM terus menyepi dan tidak memberikan maklum balas. Rakyat tertanya-tanya dan pelik dengan sikap KPM yang tidak telus dan tidak bertanggunjawab ini. Pesoalan juga timbul, Apa yang akan terjadi dengan fasiliti studio penggambaran TV Pendidikan di BSTP yang bernilai ratusan jutaan ringgit termasuk Studio Bergerak Outdoor Broadcast (OB Van) akan menjadi gajah putih tanpa operator?

Bahkan umum juga merasa pelik bagaimana kakitangan berkemahiran berkaitan dengan sistem penggambaran TV Pendidikan dan ICT telah dikeluarkan secara besar-besaran pada tahun 2021 dek keputusan menswastakan TV Pendidikan oleh kerajaan secara tergesa-gesa.

Namun, persoalan yang paling utama bermain di fikiran rakyat ialah, “Apakah halatuju masa hadapan TV Pendidikan didalam menghampiri jubli emas pada tahun 2022 ?”

Semoga TV Pendidikan  dapat direjuvenasikan demi Pendidikan anak-anak dan pembangunan Pendidikan negara. Negara memerlukan satu visi yang jelas untuk TV Pendidikan dan bukannya dilihat sebagai lubuk untuk sesetengah pihak menjana kekayaan.

Selamat Ulang Tahun TV Pendidikan yang ke 49!

Membebaskan sekolah dari salah laku seksual

Apabila timbul isu normalisasi jenayah seksual terhadap wanita dan kanak-kanak di sekolah baru-baru ini, saya terpanggil untuk turut berkicau di wahana medsos dan juga media. Mungkin ada yang mempertikaikan, apa yang telah saya lakukan selama 20 bulan ketika menerajui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menangani masalah tersebut?

Saya akui, antara agenda tertangguh KPM sepanjang 20 bulan saya di kementerian tersebut ialah usaha bersepadu untuk menangani kes-kes jenayah seksual di sekolah, sekali gus menjadikan sekolah sebagai tempat yang paling selamat bagi kanak-kanak, selaras dengan prinsip kasih sayang, kebahagiaan dan saling menghormati.

Meskipun saya sendiri bersama pegawai yang membantu bekerjasama dengan pihak-pihak berkaitan seperti Unicef, NGO dan agensi-agensi terbabit, namun, ia tidak dapat dilaksanakan kerana saya telah diminta oleh perdana menteri pada waktu itu untuk memulangkan semula jawatan saya kepada beliau. Apa yang penting, pada 13 Disember 2019, kurang sebulan sebelum meninggalkan KPM, saya mengeluarkan surat arahan kepada pentadbiran tertinggi KPM untuk melakukan sesuatu mengenainya. Bersama-sama ini saya sertakan draf surat berkenaan. Apa yang pasti, sama ada arahan tersebut dilaksanakan seperti mana sepatutnya ataupun tidak, saya tidak tahu dan tidak dapat melihat ia berlaku sehingga detik ini.

 Saya juga mengarahkan agar sebuah kertas cadangan dibentangkan kepada kabinet oleh pihak KPM pada tahun 2020 untuk tujuan tersebut. Namun, ia hanya tinggal sejarah apabila saya sendiri tidak lagi menjadi anggota kabinet, dan menteri yang menggantikan saya seolah-olah tidak menunjukkan minat untuk memperjuangkan isu ini. Apa yang pasti, saya perlu kongsikan di sini apa yang pernah cuba dilakukan demi menjadikan sekolah sebagai tempat yang paling selamat untuk anak-anak generasi penerus negara. Saya juga berharap agar pentadbiran waktu kini dapat melihat semula isu ini dan cuba melakukan sesuatu sebelum keadaan menjadi lebih membarah.

Apa yang telah dirancang?

Sistem pendidikan negara perlu memberi penekanan serius kepada kes-kes salah laku dan jenayah seksual dalam kalangan murid sebagai perbuatan yang mengancam keselamatan dan kesejahteraan individu. Pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh kerajaan, terutamanya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Kementerian Dalam Negeri (KDN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk membanteras jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Namun kes-kes tersebut masih lagi berlaku dan amat membimbangkan. Sehubungan itu, langkah yang lebih komprehensif dan holistik perlu diambil untuk menangani isu jenayah seksual dalam kalangan murid secara lebih tuntas, sistematik dan berterusan.

Bagi pihak KPM sewaktu kepimpinan saya telah menyedari dan melihat isu jenayah seksual dalam kalangan murid secara serius dan beriktikad bahawa ia perlu ditangani dan diatasi secara total. Pada masa yang sama, kerajaan (bukan hanya KPM, malah semua pihak) digesa perlu secara proaktif untuk memberi kesedaran yang lebih meluas berkenaan pencegahan, dan pengendalian kes salah laku seksual melalui inisiatif-inisiatif berteraskan tiga strategi utama, iaitu: Strategi pencegahan dan strategi pengendalian kes salah laku seksual terhadap murid-murid, dan strategi pemulihan mangsa berpaksikan murid (child-centered). Inisiatif-inisiatif yang disebutkan di bawah ini pada asalnya adalah sebahagian daripada cadangan yang ingin dibawa oleh KPM ke mesyuarat kabinet untuk diluluskan pada awal tahun 2020 yang lalu tetapi malangnya tidak dibawa setelah perubahan kerajaan.

Strategi Satu: Pencegahan salah laku seksual terhadap murid

Ia boleh dilakukan melalui beberapa mekanisme, antaranya:

  1. Pengenalpastian “hot spot” sekolah

Berdasarkan kepada statistik yang direkodkan, peningkatan kes jenayah seksual kanak-kanak di sekolah semakin membimbangkan. Terdapat sebilangan kes yang tidak dilaporkan atau tidak direkodkan, maka adalah dipercayai bahawa jumlah kes jenayah seksual yang berlaku di sekolah adalah jauh lebih tinggi berbanding dengan statistik yang dicatat. KPM perlu memastikan laporan kes adalah mengikut prosedur dan didokumenkan dengan betul. Selain itu, memandangkan terdapat kekangan kewangan dan sumber kepakaran pada masa ini, adalah penting untuk KPM mengenal pasti “hot spot” sekolah yangberisiko tinggi sebagai pelan intervensi yang bersesuaian.

Pembinaan peta “hot spot” memerlukan perkara yang berikut:

  1. Pelantikan Bahagian KPM yang bersesuaian untuk bertanggungjawab atas pengemaskinian data dan penyelenggaraan peta “hot spot”
  2. Pengenalpastian data utama dan penting untuk pembinaan peta “hot spot”
  3. Perkongsian data antara agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang dikenal pasti untuk tujuan pemetaan kawasan “hot spot” jenayah seksual terhadap kanak-kanak
  4. Pengendalian analisis ramalan (predictive analytics) untuk mengenal pasti corak jenayah untuk intervensi awal. Analisis ramalan juga digunakan untuk menentukan tahap intervensi mengikut keparahan situasi. Bagi tujuan ini, Jawatankuasa Data Raya (Big Data) yang ditubuhkan pada 2019 telah diminta membantu melaksanakannya.

Bahagian yang dipertanggungjawabkan untuk memantau perkara ini haruslah mempunyai dashboard pemantauan demi memastikan kes-kes di “hot spot” dapat diturunkan dan mana-mana tempat yang berpotensi berlakunya salah laku ini dapat dielakkan.

  1. Pemeriksaan latar belakang warga sekolah

Warga sekolah yang bakal bekerja dalam kalangan kanak-kanak wajib menjalani pemeriksaan latar belakang terperinci. Peranan ini boleh dimainkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP), Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM), Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah. Saringan termasuklah bagi mana-mana pihak yang akan berurusan secara terus dengan kanak-kanak (contohnya pelatih sukan, sukarelawan, pembantu guru, pengawal, pekerja kantin dan sebagainya). Saringan latar belakang diperincikan dengan kriteria, contohnya melalui ujian psikometri, semakan kes jenayah dan kecenderungan tingkah laku terhadap kanak-kanak serta semakan pesalah jenayah seksual terhadap kanak-kanak dalam daftar sistem eDKK (‘Child Sex Offenders Registry’) oleh KPWKM.

  1. Pengemaskinian kurikulum serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (Peers)

Kelemahan pelaksanaan kurikulum Peers sedia ada sering dikaitkan dengan punca murid menjadi mangsa jenayah seksual kerana mereka kekurangan pendedahan kepada pendidikan seks. Dapatan kajian banyak yang menunjukkan bahawa penyampaian pendidikan seks sedia ada di Malaysia tidak membawa sebarang kesan dalam memerangi gejala seksual remaja kini. Kekaburan sesetengah guru dalam pelaksanaan PdP elemen seks melalui kurikulum Peers sedia ada menyebabkan guru tidak menyedari akan kepentingan pendidikan seks kepada murid. Latihan profesional kepada guru oleh pakar-pakar dan para pemegang taruh utama dalam konteks seks, kesihatan reproduksi dan penambahbaikan dalam panduan atau bahan PdP merupakan antara cara untuk mengatasi masalah ini.

Strategi 2 – Pengendalian kes salah laku seksual terhadap murid

Ia boleh dilakukan melalui pelbagai mekanisme yang lebih terkini berbanding yang sedia ada. Antaranya:

  1. Pengenalan SOP baharu bagi pelaporan isu jenayah seksual terhadap kanak-kanak

Pada 28 Jun 2011, KPM telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 7 Tahun 2011 Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan Tindakan Menangani Isu Disiplin Murid berserta dengan Garis Panduan Mengendalikan Gangguan Seksual Murid yang memperincikan cara menangani kes gangguan seksual. Namun demikian, kedua-dua SPI dan garis panduan tersebut tidak mencerminkan perkembangan terkini. Maka, SOP dan garis panduan tersebut harus digantikan dengan yang baharu selari dengan ketetapan Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792]. Sebagai tindakan alternatif, saya telah mengeluarkan memo kepada pimpinan tertinggi KPM bertarikh 13 Disember 2019 (no rujukan: KPM. YBM 100 4/3/3 jld 2(23)) agar melaksanakan segera usaha-usaha bersifat ‘lower hanging fruits’ untuk memelihara anak-anak di sekolah. Rencananya, pada tahun 2020 saya akan membawa kertas kabinet untuk pindaan beberapa akta dan peraturan dalaman KPM yang lebih komprehensif.

Perangkaan SOP dan garis panduan baharu perlu melibatkan pakar rujuk dan wakil dari pihak agensi bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan yang mempunyai kepakaran dalam menangani isu jenayah seksual. Terma rujukan yang jelas perlu disediakan agar semua pihak yang terlibat cakna dengan fungsi serta tanggungjawab masing-masing.

  1. Latihan praperkhidmatan, dalam perkhidmatan dan pemantauan

Latihan yang dijalankan adalah bertujuan untuk menyediakan warga pendidik yang sentiasa peka, prihatin dan profesional dalam membendung isu jenayah seksual dalam kalangan murid di samping mengekalkan Dasar Perlindungan Kanak-Kanak (CPP) dalam masyarakat. Oleh itu, dalam aspek latihan guru pra-perkhidmatan dan dalam perkhidmatan dicadangkan IPGM dan Bahagian Pendidikan Guru dilibatkan bagi merangka program latihan komprehensif dalam usaha meningkatkan kompetensi guru dalam pendidikan kesihatan reproduktif dan seksual murid. Dari aspek dan SOP dan garis panduan, warga sekolah perlu cakna dan jelas tentang langkah tindakan dalam menghadapi kes jenayah yang berlaku ke atas kanak-kanak.

Tujuan latihan tersebut adalah:

  1. Memperkasakan cara penyampaian pengajaran guru-guru kepada murid-murid mengenai topik atau tajuk yang merentas elemen Peers;
  2. Memberi pendedahan yang lebih jelas tentang jenayah seksual, cara-cara mengenal pasti mangsa jenayah seksual dan peranan serta tanggungjawab dalam memastikan hak kanak-kanak dipelihara;
  3. Meningkatkan profesionalisme kakitangan sekolah dalam membuat laporan terhadap jenayah seksual yang berlaku ke atas murid melalui prosedur komprehensif yang bakal diperkenalkan;
  4. Mencari jalan penyelesaian untuk memastikan pihak berkuasa mengambil tindakan yang sewajarnya apabila menerima aduan;
  5. Menerapkan sikap keterbukaan dalam mendengar dan menerima maklumat yang diberikan oleh mangsa jenayah seksual serta memastikan segala maklumat dikendalikan dengan berhemah, beretika dan sulit;
  6. Melindungi hak kesihatan reproduktif dan seksual setiap murid dengan mengikis sikap serta budaya menjaga nama baik atau imej sekolah sehingga melindungi perlakuan jenayah seksual yang melibatkan warga sekolah;
  7. Memupuk sikap sentiasa mengutamakan keselamatan murid dan meningkatkan kesedaran dalam kalangan kakitangan sekolah agar tidak memandang remeh terhadap kesan negatif jenayah seksual yang amat memudaratkan murid;
  8. Mengukuhkan penglibatan dan tanggungjawab kakitangan sekolah serta pihak berkuasa dalam mencegah jenayah seksual di sekolah secara konsisten.
  9. Peranan pegawai di sekolah

Guru Besar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) dan guru kaunseling merupakan antara individu penting dalam memastikan tindakan pencegahan serta pembetulan dilaksanakan secara efisien.

  1. Peranan pengetua/guru besar

Melalui SOP dan garis panduan baharu yang akan diperkenalkan, pengetua/guru besar memainkan peranan utama untuk berhubung dengan pihak atasan dan memastikan ketepatan maklumat yang diberikan. Antara tugas utama pengetua/guru besar adalah:

  1. Mendapatkan maklumat lengkap tentang kepentingan Peers di sekolah;
  2. Melaporkan insiden kepada PPD, pihak polis, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Suspected Child Abuse and Neglect Team (Scan) tentang aduan yang diterima daripada guru bimbingan kaunseling atau PKHEM;
  3. Bertindak dengan segera dan proaktif mengikut ketetapan Akta 792; individu yang mengambil sikap ‘berpeluk tubuh’ daripada melaporkan sebarang kes jenayah seksual terhadap kanak-kanak juga patut berdepan hukuman. Guru besar juga merupakan pemegang amanah yang bertanggungjawab untuk melindungi golongan kanak-kanak;
  4. Memastikan murid diberi pendedahan awal melalui penganjuran kempen kesedaran dan pendidikan berkaitan jenayah seksual di sekolah.
  1. Peranan Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid (PKHEM)

PKHEM bertanggungjawab membantu dan menyokong pengendalian kes dilaksanakan secara profesional oleh Pengetua/Guru Besar dan guru kaunseling. Tugas utama PKHEM adalah untuk memastikan keselamatan murid di sekolah terjamin mengikut prosedur dan peraturan tertentu. PKHEM juga adalah pembantu kepada Pengetua/Guru Besar dalam menyelia dan menilai prestasi seluruh kakitangan sekolah. Mengikut prosedur baharu, PKHEM berperanan untuk:

  1. Memaklumkan kepada Pengetua/Guru Besar tentang aduan yang diterima;
  2. Memastikan kerahsiaan maklumat yang diterima daripada guru kaunseling;
  3. Menasihati Pengetua/Guru Besar untuk menyegerakan laporan rasmi kepada PPD serta agensi lain yang berkaitan;
  4. Merangka perancangan melibatkan PIBG dan PIBK di dalam program di sekolah yang berkaitan dengan PEERS agar ibu bapa dan komuniti dapat penjelasan dan kesedaran.
  5. Peranan pegawai di peringkat daerah

Unit Kaunseling dan Kerjaya di bawah Sektor Pembangunan Kemanusiaan di peringkat PPD memainkan peranan penting untuk memberi nasihat yang tepat dan bernas kepada sekolah yang membuat laporan jenayah seksual. PPD juga berperanan sebagai fasilitator antara agensi yang terlibat dan melaksanakan intervensi untuk pelaporan unit perhubungan menyelaraskan pelaporan kepada JPN.

  1. Peranan pegawai di peringkat negeri

Sektor Pengurusan Kaunseling dan Disiplin di bawah Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di peringkat KPM perlu memainkan peranan dalam pelaporan di peringkat KPM diselaraskan dengan unit aduan dan perhubungan, BPSH serta penambahbaikan modul latihan.

  1. Peranan Ibu bapa dan masyarakat (melalui kerjasama pakar dari organisasi awam dan agensi bukan kerajaan)

Kerjasama pakar dari organisasi awam dan agensi bukan kerajaan hendaklah dilaksanakan secara kolektif dengan perkongsian sumber dan sumbangan kepakaran bagi memaksimumkan sumber yang ada dan mengurangkan kos yang berkaitan. Antara perkara yang perlu diberikan penekanan dan perhatian adalah penubuhan jaringan sokongan di peringkat daerah. Jaringan sokongan di peringkat daerah adalah merangkumi pelbagai pihak berkuasa yang berkaitan seperti Scan di bawah KKM, JKM di bawah KPWKM, Bahagian Siasatan Seksual, Penderaan dan Kanak-kanak (D11), PDRM di bawah KDN dan pakar-pakar dari badan bukan kerajaan yang diperakui oleh KPWKM.

Setiap PPD harus dilengkapkan dengan senarai dan maklumat pegawai yang boleh dihubungi dari setiap agensi yang disenaraikan agar nasihat dan sokongan dapat diberikan secara berterusan. Maklumat ini haruslah disediakan untuk tatapan ramai (publicly available information) dan perlu dikemaskini dari semasa ke semasa. Sekolah-sekolah dalam satu daerah juga disarankan untuk menubuhkan rangkaian dengan tujuan perkongsian sumber dan amalan terbaik antara satu sama lain.

  1. Perkongsian maklumat dan kemahiran menangani isu jenayah seksual dalam kalangan murid sebagai sarana kepada ibu, bapa dan penjaga

Selain di peringkat daerah dan sekolah, rangkaian sokongan utama merujuk kepada tenaga pengajar, ibu bapa (terutamanya melalui PIBG), pegawai perhubungan sekolah (pihak polis) serta pakar dalam isu jenayah seksual terhadap kanak-kanak (kaunselor, badan bukan kerajaan seperti Malaysians Against Pornography (MAP), JEWEL atau PS The Children). Setiap pihak yang terlibat disarankan untuk menjayakan Modul Intervensi Jenayah Seksual Kanak-kanak di Sekolah (Modul IHSAN) bagi meningkatkan kesedaran dan kerjasama di peringkat sekolah. Perkongsian maklumat dan kemahiran menangani isu jenayah seksual haruslah berlaku dalam kalangan murid sebagai sarana kepada ibu, bapa dan penjaga.

  1. Tindakan terhadap warga sekolah yang melakukan salah laku seksual terhadap murid-murid

Penguatkuasaan terhadap warga sekolah yang didapati bersalah dalam melakukan kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak adalah amat penting. Saranan dibuat agar individu yang telah disabitkan kesalahan disenarai hitamkan daripada terlibat dalam sebarang bentuk pekerjaan yang melibatkan kanak-kanak selaras dengan ketetapan undang-undang dan dasar sedia ada. Bagi kes yang disyaki dan masih berada dalam peringkat siasatan, adalah disarankan cold storage dan pengasingan individu tersebut tanpa sebarang interaksi dengan kanak-kanak sehingga kes selesai. Pihak kerajaan perlu menukarkan prosedur sedia ada untuk memastikan warga sekolah yang telah didapati bersalah dikenakan hukuman gantung kerja dan buang kerja.

  1. Pengemaskinian kurikulum serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (Peers)

Peers dalam kurikulum Pendidikan Kesihatan yang dijalankan di sekolah rendah hingga sekolah menengah perlu disemak semula berdasarkan kepada kesesuaian mengikut piawaian antarabangsa seperti Panduan Teknikal Antarabangsa Mengenai Pendidikan Seksualiti (Unesco, 2018). Bahagian Pembangunan Kurikulum, KPM perlu mengambil langkah mengesan dan memantau pelaksanaan kurikulum Pendidikan Kesihatan untuk melihat sejauh manakah keberkesanan Peers yang dijalankan di sekolah sehingga kini. Perkara ini juga selari dengan keputusan Mesyuarat Majlis Sosial Negara Bil. 1/2019 untuk mengetuai inisiatif pengukuhan Pendidikan Seksual Reproduktif dalam Kalangan Kanak-Kanak, Remaja dan Masyarakat.

Strategi 3: Pendekatan pemulihan mangsa berpaksikan murid (child-centered approach)

  1. Melalui pendekatan ini, kemaslahatan dan kebajikan kanak-kanak menjadi keutamaan, dan bukannya penjagaan nama baik guru, pengetua mahupun sekolah. Demi masa depan anak-anak, segala prosedur pelaporan, dan pendakwaan harus melihat kepada kepentingan kanak-kanak yang merupakan mangsa.
  2. Demi memulihkan keyakinan dan juga jiwa kanak-kanak yang menjadi mangsa, mereka perlu diberikan pendekatan kaunseling, dan perubatan yang sesuai dengan apa yang menimpa mereka, dan tidak menjadikan mereka sebagai mangsa kali kedua dengan prosedur yang menyusahkan serta menyalahkan mereka seperti yang berlaku pada sesetengah kes.
  3. Guru, terutamanya guru kaunseling dan juga guru-guru sokongan mestilah diberikan kesedaran, latihan dan pemahaman tentang prosedur serta struktur sistem sokongan juga perlu diwujudkan agar sistem pemulihan berpaksikan murid ini benar-benar dapat dijayakan. Kegagalan guru dan pihak sekolah untuk memahami pendekatan ini akan menyebabkan mangsa akan mengalami tekanan tambahan seperti yang banyak berlaku.
  4. Termasuk dalam strategi ni juga ialah proses memudahkan laporan dibuat oleh mangsa dan kepekaan pihak sekolah serta kepimpinan sekolah untuk bertindak segera dan tidak menyembunyikan kes yang berlaku, agar murid lebih berani untuk membuat pengaduan dan tidak merasakan bahawa mereka hilang punca.

Kesimpulan

Adalah amat dikesalkan apabila apa yang telah dirancangkan ini tidak dapat dilaksanakan di dalam tempoh pentadbiran kerajaan lalu kerana perubahan tampuk kekuasaan. Walau bagaimanapun, isu ini merupakan isu yang penting dan perlu ditangani segera melalui polisi yang sesuai. Harapan saya ialah, apa yang telah dirancangkan ini, hasil daripada perbincangan dan kajian yang tuntas, dapat diteruskan demi masa depan anak-anak di sekolah dan juga masa depan negara. Diharapkan melalui langkah yang dicadangkan dan pernah cuba dijalankan ini dapat membantu kerajaan semasa untuk melaksanakannya demi merapatkan jurang dalam pencegahan dan intervensi kes salah laku seksual dan pemahaman tentang Peers dalam kalangan murid dan pihak-pihak yang terlibat. Tidak terlambat bagi pihak KPM untuk meneruskan apa yang telah dimulakan ini demi kesejahteraan dan keselamatan anak-anak kita sebagai generasi penerus, dan juga demi menjadikan sekolah sebagai tempat yang paling selamat untuk anak-anak dan warga sekolah yang lain.

‘Cendeki-awam’ sebagai adiwira nusa

Dari kalangan rakyat terbanyak, pensyarah ialah kelompok kecil yang berperanan penting sebagai pencetus dan penggerak wacana-wacana awam (public discourse) yang akhirnya membentuk pandangan sarwa sesebuah bangsa, serta hala tuju sesebuah negara. Inilah yang telah ditekankan oleh pemikir pasca-modernisme dari Perancis Foucault tentang kepentingan discourse dalam pembentukan tradisi berfikir dalam masyarakat.

Geligawan (terjemahan kepada scholar) dan ruang serta peranannya dalam masyarakat, adalah amat kritis sebagai pendidik dan pembimbing warga nusa. Justeru, menurut Prof Shaharir Mohamad Zain perlunya kita membina ruang ilmu, atau beliau sering menyebut istilah yang diambil dari bahasa Melayu yang terpahat pada batu bersurat Talang Tuwo di Sumatera bertarikh 684 M, sebagai ‘parlak’ keilmuwan. Rasionalnya, di parlak inilah nanti para ilmuwan akan bergelut dengan jihad mereka untuk penghasilan, perbeturan dan penyebaran ilmu, agar masyarakat ini dibudayakan dengan ilmu dan kebijaksanaan (sophia).

Secara tradisinya, masyarakat melihat pensyarah sebagai insan berilmu, berhikmah dan pendidik yang dihormati. Persepsi ini datang dari akar tradisi bangsa yang diasuh untuk hormat kepada ilmu dan ilmuwan. Dan ia datang dengan tanggungjawab yang maha berat.

Masyarakat pada hari ini, mahu tidak mahu, telah diuji dengan gelombang mediocre; budaya pertengahan, sama ada dari segi hiburan, kesensasian isu, gosip-gosip panas, semuanya telah menjadi dominan dan budaya yang meluas.

Tugas pensyarah yang juga pendidik; kelompok yang juga sendi utama dalam masyarakat ialah kelompok yang digelar sebagai intelektual awam ataupun ‘cendeki‘awam’. Merekalah yang bakal mengarahkan kompas wacana masyarakat ke arah tradisi keilmuan yang sebenar.

Di Barat, Timur, dan tidak kurang juga di tanah air kita, telah wujudnya sejarah keilmuan yang membuktikan pentingnya kewujudan kelompok ilmuwan dalam pembentukan negara bangsa.

Baik dari segi politik, ekonomi (mengingatkan saya kepada Ungku Aziz, Syed Husin Alattas), isu-isu sosial (Za’ba, Munsyi Abdullah), isu-isu agama (Syed Syeikh Al-Hadi, Syeikh Tahir, Syed Naquib Alattas), isu-isu kebangsaan (Pak Sako, Syed Husin Ali, Chandra Muzaffar), isu sejarah (Khoo Kay Kim, Wang Gungwu) semuanya berperanan dalam membentuk nuansa pemikiran masyarakat semasa.

Dan hal ini perlu diteruskan dengan generasi mendatang. Perlu pulang semula kepada perbahasan seputar intelegensia, dan siapakah yang dinamakan sebagai intelektual secara definitifnya.

Misalnya kita melihat Syed Hussein Alatas menamakan intelektual sebagai “seorang yang mengumuli pemikiran tentang idea dan masalah non-materi dengan menggunakan akal fikirannya.”

Jika tradisi Barat pula, kita meninjau Karl Mannheim, yang merungkaikan intelektual sebagai “social groups whose special task is to provide an interpretation of the world for society.”

Tuntasnya, inilah esensi profesion seorang pensyarah; pelopor kepada tradisi ilmu dalam masyarakat, pendidik, penggerak wacana, dan penyumbang besar kepada pembentukan negara bangsa.

Dan tidak lupa juga, menjadi penyelesai kepada masalah-masalah masyarakat semasa, sekali gus menjadi penghubung antara universiti dan masyarakat

Memperkasakan kerjaya pensyarah

Kita harus sedari perihal persepsi masyarakat yang memandang tinggi kerjaya pensyarah yang rata-ratanya disikapi sebagai individu berilmu tinggi. Para pensyarah sering menjadi warga contoh untuk membangunkan masyarakat setempat khasnya, dan negara amnya.

Sayugialah para pensyarah mestilah berusaha untuk mengimbangkan fokus pensyarah pada pengajaran dan pembelajaran (PdP) dan penyelidkan demi mencapai harapan yang telah masyarakat letakkan kepada mereka.

Di samping itu, selaras dengan gagasan untuk mengantarabangsakan pendidikan tinggi negara, para pensyarah harus mempunyai kualiti PdP yang baik dan berkesan – bagaimana ia disampaikan dan bukan hanya kepada kandungan kursus semata-mata. Gelombang pandemik global yang melanda setiap pelusuk bumi kini telah menggandakan tuntutan keterlibatan para pensyarah.

Para pensyarah kini, mahu ataupun tidak mahu, tidak kira dari latar belakang disiplin ilmu apa pun mereka, mahupun usia mereka di dalam bidang keilmuwan wajib memahami, menekuni dan menggunakan aplikasi teknologi terkini. Fasa berkurung (lockdown) dari tahun 2020 yang berlaku di seluruh dunia telah memaksa pihak IPT menerobosi ruang digital dan bukan konvensional dalam memastikan kelangsungan pendidikan tinggi. Para pensyarah sebagai sumber mata air di wadi parlak ilmu jagat juga terpaksa menerokai alam ini.

Selain itu, seperti mana sepatutnya, para pensyarah harus berani untuk menceburi bidang-bidang kajian yang membelah bumi (ground breaking) rentas disiplin, dan bukan sekadar mengulangi apa yang telah dilakukan oleh mereka yang terdahulu. Mereka juga tidak harus jemu untuk menghasilkan karya-karya yang menjadi rujukan dan petunjuk dalam disiplin masing-masing mahupun bekerjasama dengan pakar-pakar dalam bidang yang lain untuk mencari kesaling-hubungan ilmu demi berkhidmat kepada masyarakat, bani manusia dan alam sejagat. Dunia kini merupakan dunia penggabungjalinan disiplin yang pelbagai. Para ilmuwan tidak boleh lagi diam selesa di dalam relung keselesaan masing-masing. Ruang hempawa keilmuan rentas disiplin kini semakin membesar dan melebar.

Walau bagaimanapun kita sedari, usaha gigih yang ditagih haruslah datang bersekali dengan imbuhan yang setimpal. KPT sepatutnya meneruskan usaha pentadbiran terdahulu mengkaji usul naik taraf skim pensyarah seperti yang dicadangkan oleh Kongres Persatuan Akademik Malaysia (MAAC) pada tahun 2019, dan patut terus melakukan perbincangan dengan kementerian-kementerian dan pihak-pihak yang terlibat agar ianya berjaya dilaksanakan.

Demi meningkatkan kualiti juga, imbuhan kepada penghasilan karya dan kajian perlu setimpal dengan hasilnya. Maka, sebarang insentif yang akan diberikan haruslah berdasarkan kualiti penghasilan kertas penyelidikan dalam persidangan, makalah dan jurnal dan bukanlah berdasarkan kuantiti semata-mata. Isu jurnal pemangsa, bonceng gratis, penghasilan jurnal separa matang, isu plagiarisme, dan lain-lain isu berkaitan integriti kelimuan wajib diatasi setegas dan seagresif mungkin demi menjaga status geligawan kita. Sikap defensif sesetengah pihak dalam menanggapi isu ini perlu dielakkan.

Mengembalikan wibawa universiti awam dan pendidikan tinggi

IPT kini juga harus mempunyai infrastuktur dan makmal terkini dan sistem sokongan yang padu seperti akses kepada pangkalan data yang lebih luas dan penambahan buku rujukan yang terkini. Ini penting untuk memastikan hasrat untuk menghasilakan pendidikan tinggi yang berteraskan kualiti dan, pelajar bergraduat berdasarkan standard yang tinggi dapat kita capai.

Prasarana sokongan ini juga penting untuk mewujudkan ekosistem untuk membantu para pensyarah dan penuntut untuk melaksanakan penyelidikan yang relevan dan mampu memartabatkan bangsa dan menaik taraf kualiti kehidupan masyarakat.

Di samping itu, prasarana sokongan juga harus bersikap inklusif. Maka infrastruktur dan infostruktur di IPT mestilah bersikap mesra OKU selaras dengan pelancaran dasar inklusif OKU di IPT pada tahun 2019. Integrasi sistem sokongan yang ‘seamless’ antara IPT seperti sistem perpustakaan yang membolehkan perkongsian maklumat dan bahan di antara semua IPT di Malaysia perlu diwujudkan melalui sistem data raya (big data) yang membolehkan perkongsian sumber antara para siswazah dilaksanakan dengan baik dan berkesan. Usaha ini pernah dimulakan pada tahun 2019 dan mestilah diteruskan. Situasi pandemik dan pasca pandemik nanti akan menuntut usaha pengayaan bahan digital berteraskan perkongsian pintar antara IPT (sama ada IPTA mahupun IPTS) perlu dipergiatkan.

Mempertingkatkan budaya pencarian ilmu yang berfokus, berteraskan nilai

Selaras dengan kedudukan tinggi para akademia di mata masyarakat, konsep kepimpinan melalui tauladan perlu diketengahkan kepada pengurusan tertinggi-pensyarah-siswazah; sikap berintegriti perlu dijadikan budaya wajib dalam kehidupan dan hubungan sesama warga akademia mahupun antara pensyarah dengan siswa. Selain itu, sikap menepati masa adalah amat penting.

Para pensyarah juga mestilah sentiasa memyuburkan sikap dahagakan ilmu dan pemburuan ilmu yang tidak berkesudahan. Pencarian ilmu yang relevan pada setiap masa dan setiap tempat perlu dijadikan tema utama dalam kehidupan warga akademia.

Hal ini perlu diselarikan dengan perkembangan teknologi Revolusi Industri 4.0 yang penggunaan “artificial Intelligence (AI)”, “internet of things (IOT) semakin memudahkan usaha pengayaan ilmu. Sehubung dengan itu, masyarakat kampus juga haruslah membudayakan sains dan teknologi sebagai suatu teras dalam cara hidup masyarakat.

Antara perkara yang sering merencatkan integriti dan juga kredebiliti para pensyarah ialah kegilaan menerbitkan kajian yang tidak berkualiti, melakukan plagiat dan juga pelbagai pengkhiantan ilmiah. Para pensyarah mestilah menghentikan budaya ‘berkongsi’ nama dalam kertas persidangan, makalah ilmiah atau jurnal walaupun tidak mempunyai sebarang sumbangan dalam penyelidikan. Jenayah ‘bonceng gratis’ ini mestilah diharamkan di kalangan para pensyarah. Berhubung hal ini, usaha pindaan terhadap Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000 – Akta 605 adalah untuk memastikan kebebasan akademik sentiasa terjamin dan dalam masa sama memastikan integriti ahli akademik di negara kita dapat diperkukuhkan.

Pihak IPT juga hendaklah mempastikan pensyarah tidak mengikuti persidangan yang tidak bermutu, tidak berfokus dan tidak relevan dengan bidang kepakaran semata-mata ingin mengejar KPI dan juga memberatkan CV masing-masing. Pastikan para pensyarah kita menjadi pakar yang diperlukan dalam bidang tujahan masing-masing. Sebaliknya, para penyelidik dan pensyarah mestilah berusaha melakukan kajian-kajian yang memberikan impak kepada disiplin ilmu kepakaran mereka dan berusaha mendapatkan geran-geran yang berbentuk perpindahan teknologi dan relevan dengan arah tuju nasional.

Pemangkin dalam meningkat kualiti kehidupan komuniti

Seperti yang telah disebutkan sebelum ini, universiti haruslah memberikan manfaat kepada masyarakat. Kewujudan universiti itu sendiri adalah untuk menjadi obor penerang kepada masyarakat.

Maka, di zaman kita melaungkan ‘universiti untuk masyarakat’ dan ‘universiti sebagai medan intelektual terbuka’, universiti mestilah membuka pintu kepada masyarakat setempat untuk mengikuti kelas-kelas berkonsepkan perkongsian ilmu.

Universiti tidak harus terhad kepada para siswazah dan warga akademik semata-mata. Konsep pembelajaran sepanjang hayat harus dijadikan semangat untuk universiti dibuka kepada semua peringkat masyarakat.

Di samping itu, universiti juga harus terlibat dengan kajian, kegiatan dan juga usaha menyelesaikan masalah dalam masyarakat, sama ada melalui teknologi, sains kemanusiaan, ekonomi, politik mahupun kerja-kerja kemanusiaan.

Dengan aspirasi yang telah disebutkan, saya amat berbesar hati agar para pensyarah dan warga akademik keseluruhannya dapat bersama membangunkan semangat baru ini. Kita berhasrat untuk melihat wajah dan semangat baru bagi pengajian tinggi di Malaysia, yang pensyarah bukan lagi disikapi sebagai ‘cendekiawan’, tetapi ‘cendeki-awam’ dan ‘geliga-awam’.

Tulisan ini diterbitkan lebih awal oleh Malaysiakini di pautan https://www.malaysiakini.com/columns/567667.

Ada Apa Dengan PEJUANG?

“Life’s not about how you can hit… it’s about how hard you can get hit, and still keep moving forward.” Rocky Balboa

Frasa seperti ‘parti ayah dan anak‘, ‘parti pecundang‘, ‘pecahan parti dari parti yang sudah berpecah‘, ‘parti lelaki Melayu yang berumur‘, ‘satu lagi parti orang Melayu yang lain’, atau ‘Pejuwang‘; digunakan untuk mengejek parti baru ini, yang belum disahkan pendaftarannya, diasaskan (sekali lagi) oleh Perdana Menteri Malaysia dua kali iaitu Tun Dr Mahathir Muhammad (TDM).

Setelah percubaannya gagal untuk membawa parti Melayu alternatif melalui penubuhan Bersatu pada tahun 2016 (untuk menggantikan UMNO yang ‘rosak hingga ke dalamnya’), TDM menjadi tajuk utama sekali lagi dengan pengumuman penubuhan parti baru – kali ini sebagai alternatif kepada kedua-duanya UMNO termasuk Bersatu.

Bagi TDM, Bersatu telah dirampas oleh PM semasa, Tan Sri Muhyidin: ‘Kerajaan Pintu Belakang’ yang merupakan hasil dari Langkah Sheraton yang terkenal. Kerajaan ini, yang terkenal dengan frasa ‘Scheme of Things’ selamanya akan menghantui orang Melayu dan Malaysia dalam perangkap politik wang dan pemerintahan yang tidak telus.

TDM percaya bahawa mesti ada usaha untuk menghentikan amalan politik wang yang tidak sihat – suatu amalan yang sepatutnya memenuhi tujuannya ketika PH berkuasa dan mengalahkan UMNO/BN. Namun, impian itu hancur melalui Langkah Sheraton.

Langkah Sheraton itu membuka semula jalan untuk budaya politik kembali kepada cara lama yang buruk. Bersatu akhirnya kembali kepada DNA UMNO dan asal usulnya. Akibatnya, ia menjadi UMNO sekali lagi kecuali namanya sahaja berlainan. Kerajaan ini juga menyaksikan TS Muhyidin dalam keadaan sederhana dan berpelukan, sekali lagi, bersama-sama Najib dan sekutunya UMNO.

Namun persoalan adalah, bagaimana TDM akan memastikan bahawa parti baru (yang masih tidak didaftarkan) ini tidak mengulangi kesilapan UMNO dan terutama parti Bersatu?

Bahkan sekiranya ada penganalisis politik yang ingin membedah kegagalan besar Bersatu, mereka akan mendapati bahawa terdapat beberapa sebab utama yang menyebabkannya berpatah arang dan kembali ke akar UMNOnya

Punca utama penubuhan Bersatu, walau kemudiannya ia terlepas dari komitmen terhadap mottonya sendiri iaitu, Bersatu, Beramanah dan Berintegriti, adalah bahawa ia masih berdasarkan dogma UMNO: ‘pemusatan kuasa’ oleh sebahagian elit Melayu untuk politik. Secara semula jadi ia menyaksikan sebahagian pemimpin UMNO dikitar semula yang walaupun  pada awalnya mereka tidak bersetuju dengan Najib, tetapi masih mempunyai semangat elit dan kemahuan politik yang sama.

Sebilangan besar Ketua Bahagian dan ahli perniagaan oportunis dalam Bersatu kemudian menyibukkan diri dengan usaha untuk ‘peruntukan’ diberikan kepada bahagian, dan kontrak yang akan diberikan oleh Bersatu untuk ‘memperkuat’ parti dan akar umbi . Menurut mereka, tanpa dana, akar umbi, dan terutama Ketua Bahagian, akan mati. Kisah ini tidak jauh berbeza dengan yang diceritakan semasa zaman UMNO.

Selain itu, struktur organisasi Bersatu yang jelas ditunjukkan dalam perlembagaannya juga sebenarnya mencerminkan struktur UMNO. Kuasa kebanyakannya berpusat di kalangan Ketua Bahagian. Ketua Bahagian pula akan memilih pemimpin pusat. Politik golongan elit terus berkembang subur dalam Bersatu, ketika ironinya ia adalah parti yang sama diharapkan dapat menggantikan UMNO. Ini tentu saja datang dengan politik wang yang kemudiannya merosakkan politik orang Melayu. Memburukkan lagi keadaan, kebanyakan Ketua Bahagian dan pimpinan pusat Bersatu adalah bekas ahli UMNO.

Dengan resipi ini, kembalinya Bersatu ke zaman lama UMNO tidak dapat dielakkan. Ini dibuktikan oleh para pemimpin Bersatu yang kembali kepada cara lama UMNO mereka dalam apa yang sekarang dikenali sebagai Perikatan Nasional, dan kemudian di Muafakat Nasional.

Apa yang mesti dilakukan oleh Pejuang untuk mengelakkan kegagalan ini tidak berulang? Apa yang mesti dilakukan oleh TDM, bersama-sama dengan pengasas parti ini  untuk menentukan jalan yang tepat untuk parti baru ini? Apakah pelan rancangan untuk memastikan bahawa Pejuang TIDAK akan menjadi UMNO 3.0, atau Bersatu 2.0?

Pertama, Pejuang harus membuat perubahan paradigma radikal dalam politik Melayu. Politik berasaskan naungan bekas elit, yang lama diamalkan oleh UMNO (dan kemudian diteruskan oleh Bersatu) harus diganti dengan ‘politik berasaskan perkhidmatan’, atau ‘politik berdasarkan akitivisme’.

Paradigma baru ini mesti menjelaskan kepada orang-orang Melayu (kerana Pejuang adalah parti yang berpusatkan orang-orang Melayu untuk menolong orang-orang Melayu) bahawa politik bukanlah ruang bagi mereka untuk membuat kekayaan melainkan, ia adalah tempat bagi mereka untuk berkhidmat rakyat, sama ada mereka berada dalam struktur kuasa atau tidak.

Selama lebih dari enam puluh tahun, orang Melayu telah lama terbiasa dengan politik UMNO yang berasaskan kuasa elit. Mentaliti ini sekali lagi muncul, terima kasih kepada Muhyidin. Oleh itu, jiwa politik orang Melayu kembali ke tahap di mana mereka mesti bergantung kepada mereka yang berkuasa dan mempunyai kuasa.

Selanjutnya, mereka yang berkuasa, pada gilirannya, percaya bahawa mereka adalah tuan orang yang kini harus bergantung kepada mereka untuk berkembang maju. Gagasan bahawa politik adalah cara bagi wakil politik untuk memperjuangkan kesejahteraan dan kepentingan rakyat tidak ada dalam paradigma ini. Perasaan bahawa ahli politik adalah pelayan yang harus melayani rakyat tidak ada.

Ini secara semula jadi telah menimbulkan keangkuhan yang kita lihat pada pemimpin-pemimpin UMNO, Bersatu, dan akhir-akhir ini di dalam pemimpin PAS. Elitisme dan kekuasaan terhadap rakyat telah membutakan mereka dari konsep Islam pemimpin sebagai hamba rakyat.

Inilah jurang yang harus diisi oleh Pejuang. Sekiranya Pejuang terus memupuk politik naungan orang Melayu elit, ia akan menutup nasibnya sendiri dan membuka jalan kepada kegagalan.

Tetapi bagaimana Pejuang mahu menjadikan  ‘politik khidmat’ dan ‘politik aktivisme’ ini sebagai nilai utamanya?

Pejuang harus terdiri daripada wakil Melayu dari semua segmen, iaitu perwakilan yang merangkumi spektrum sosio-ekonomi dan lebih besar dari politik parti kecil. Mengitar semula wajah bekas UMNO dan Bersatu bukanlah jawapannya dan tidak akan membawa Pejuang ke mana-mana. Pejuang tidak boleh mengulangi kesalahan UMNO dan Bersatu.

Pejuang must be represented by Malay NGO leaders, activists, influencers, intellects, corporate leaders, small business representatives, professionals, educators, artists, sportsmen, unionists, workers activists and go beyond the old political status quo. Leaders elected must be those who are already working for the people even without the party. Their involvement in the party must not be for personal interest or positions. Their participation must be driven by the urge to strengthen their activism and to further their ideals.

They must NOT come to the party with the quest for personal benefit; they should join the party in order to enhance and strengthen the party with what they are already currently doing. These are people who will lose nothing without the party, but who will continue to contribute meaningfully by their affiliation to the party.

Pejuang mesti diwakili oleh pemimpin NGO Melayu, aktivis, influencer, intelek, pemimpin korporat, wakil perniagaan kecil, profesional, pendidik, seniman, ahli sukan, ahli kesatuan pekerja serta aktivis buruh yang melampaui status quo politik lama. Pemimpin yang dipilih mestilah mereka yang sudah bekerja untuk rakyat walaupun tanpa parti. Penglibatan mereka dalam parti mestilah bukan untuk kepentingan peribadi atau jawatan.

Penyertaan mereka mesti didorong oleh desakan untuk memperkuat aktivisme mereka serta untuk memajukan cita-cita mereka. Mereka TIDAK boleh menyertai Pejuang untuk mencari keuntungan peribadi; mereka harus menyertai Pejuang untuk meningkatkan dan memperkukuhkan parti dengan apa yang mereka lakukan sekarang. Mereka adalah orang-orang yang tidak akan kehilangan apa-apa tanpa parti, tetapi akan terus menyumbang secara bermakna melalui hubungan mereka dengan parti.

Persoalannya sekarang, adakah semua ini boleh dilakukan?

Untuk itu, saya dengan berani mengatakan, “Ya!

Politik Melayu sangat memerlukan perubahan paradigma yang radikal, dan ianya harus dimulakan. Pejuang adalah peluang terbaik  untuk perubahan tersebut dilancarkan.

Daripada merengek dan merintih tentang ketidakpuasan atau kekecewaan mereka terhadap ahli politik, orang Melayu harus bertindak atas kesedaran bahawa waktunya telah tiba untuk mewujudkan perubahan yang bermakna dan berkekalan dengan menjadi anggota dan pemimpin Pejuang. Inilah masanya untuk memikul tanggungjawab untuk masa depan yang baru.

Politik Melayu sangat memerlukan perubahan positif yang akan mempengaruhi keseluruhan landskap politik negara. Sekiranya Perikatan Nasional terus membentuk politik Melayu, bangsa ini akan terus hidup dengan politik wang, rasuah dan kleptokrasi.

Pejuang mesti memberi nafas segar kepada politik Melayu dengan pendekatan baru yang inovatif.

Pejuang juga harus meletakkan dirinya sebagai parti aktivis. Ia mesti menjadi pihak yang berkeras untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukan sebaliknya. Pejuang harus melepaskan diri daripada golongan elit yang menganggap diri mereka sebagai orang yang lebih tinggi daripada rakyat. Pejuang juga tidak boleh terdiri dari orang-orang yang menjadikan alasan politik untuk menjarah wang rakyat melalui kedudukan dan kontrak-kontrak Kerajaan.

Sebaliknya, ia mesti terdiri daripada mereka yang sudah berkhidmat untuk rakyat, terutama mereka yang telah terbukti mampu menolong orang Melayu dalam apa juga kemampuan mereka. Pejuang mesti sangat selektif dalam menerima mereka yang akan memimpin parti, terutama mereka yang akan terlibat pada peringkat awal penubuhan parti. Parti ini mesti merumuskan mekanisme khas yang akan menyekat mereka yang tidak diingini daripada bergabung dalam struktur kepemimpinannya. Pejuang mesti menggunakan proses penyaringan yang ketat untuk memastikan bahawa hanya mereka yang layak sahaja dapat mencapai peringkat kepemimpinan.

Selain itu, pemimpin Pejuang juga harus mewakili pelbagai ‘niche’ yang berbeza untuk melayani pelbagai segmen masyarakat. Wacana politik parti pula tidak boleh berputar di sekitar pemilihan parti, keinginan untuk jawatan sebagai Ketua Bahagian atau kemahuan untuk menjadi anggota Jawatankuasa Pusat. Sebaliknya ia mesti berfokus kepada penyelesaian sebenar untuk rakyat iaitu penyelesaian terbaik untuk masalah bangsa Melayu.

Anggota dan pemimpin parti ini mestilah pekerja dan aktivis yang bersedia menggulung lengan baju dan mengotorkan tangan mereka sehingga dapat memberi manfaat kepada rakyat dengan cara yang paling realistik. Mereka mesti menjadi orang yang bertekad dalam mempromosi, menyebar serta melaksanakan dasar yang memberi kesan signifikan kepada masyarakat terutamanya yang kurang bernasib baik. Mereka mestilah mereka yang aktif di Parlimen, DUN, media dan di semua platform yang ada untuk memperjuangkan kepentingan rakyat.

Jawatankuasa Pusat Pejuang tidak boleh berhenti berperanan sebagai Kabinet bayangan. Setiap pemimpin Pejuang harus memantau semua Kementerian untuk memastikan tadbir urus yang baik untuk membantu merumuskan dasar yang terbaik kepada rakyat. Pejuang juga  harus patuh pada prinsip asasnya iaitu promosi terhadap politik bersih dan penolakan penuh terhadap rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Pejuang juga mesti menjadi tekanan baru terhadap politik nasional dan yang lebih penting dalam politik Melayu. Pejuang mesti mengakhiri politik Melayu lama yang berpaksikan wang dan rasuah. Ia harus memulakan era baru, sebuah era politik Melayu progresif yang berdasarkan kepada perkhidmatan, aktivisme dan memimpin advokasi dasar-dasar untuk rakyat, bukannya dasar untuk melindungi kaum elitis. Ringkasnya, Pejuang mesti menjadi harapan baru bagi negara, sebuah parti politik baru berbangsa Melayu yang akan memperjuangkan masa depan yang lebih baik untuk negara dan rakyatnya.

Struktur organisasi Pejuang juga haruslah sama sekali berbeza dengan struktur UMNO dan Bersatu. Seperti disebutkan di atas, politik yang melindungi sebahagian elit penguasa yang akhirnya melahirkan politik wang dalam masyarakat Melayu adalah disebabkan oleh struktur organisasi yang membolehkan kuasa tertumpu di tangan Ketua-ketua Bahagian (terutamanya pemimpin yang menguasai anggota akar umbi). Untuk itu, adalah sangat mustahak Pejuang menerapkan struktur organisasi yang sama sekali berbeza dengan struktur UMNO atau Bersatu.

Satu-satunya perbezaan antara UMNO dan Bersatu ialah Bersatu membenarkan wakil Bahagian (bukan ketua bahagian sahaja) untuk memilih Jawatankuasa Pusat dan kepemimpinan tertinggi. Walau bagaimanapun, Ketua Bahagian di kedua-dua pihak tetap menjadi pendorong yang menentukan struktur kuasa dan siapa yang akan mengawal parti. Inilah yang memungkinkan wang, jawatan dan kontrak diberikan kepada Ketua Bahagian.

Inilah juga yang akan menentukan siapa tokoh yang akan dipilih untuk kekal sebagai pemimpin peringkat tertinggi. Wang juga digunakan untuk mereka mencapai posisi tertentu, dengan harapan mereka akan dipilih untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum atau negeri, atau untuk mendapatkan faedah lain seperti jawatan. Inilah sebabnya mengapa politik wang terus berkembang baik dalam UMNO dan Bersatu. Mantra Najib Tun Razak yang terkenal, “Cash is King”!

Oleh yang demikian, untuk mengelakkan nasib yang sama seperti Bersatu dan UMNO, Pejuang tidak boleh mencontohi struktur organisasi itu. Tidak boleh ada Bahagian, maka dengan itu tidak ada Ketua Bahagian yang akan terus menjadi ‘panglima perang’, yang akan menentukan arah utama parti walau bertentangan dengan prinsip parti tersebut.

Instead, Pejuang grassroots chapters at the cawangan (branches) level must directly report to the State Committee whom they elected. In turn, and the State Committee will be report to the central leadership who will be elected based on the strength of their activism. As mentioned earlier, the Central Committee must comprise of those who are represent their various niche areas and segments of the society. Only through this new paradigm shift will  Pejuang escape the abyss of patronage-based and money politics.

Sebaliknya, akar umbi Pejuang di cawangan mesti melaporkan secara langsung kepada Jawatankuasa Negeri yang mereka pilih. Seterusnya Jawatankuasa Negeri akan melaporkan kepada kepemimpinan pusat yang akan dipilih berdasarkan kekuatan aktivisme mereka.

Seperti disebutkan di atas, Jawatankuasa Pusat harus terdiri dari mereka yang mewakili pelbagai bidang dan segmen masyarakat mereka. Hanya melalui perubahan paradigma baru ini, Pejuang akan terlepas dari jurang politik yang melindungi sebahagian penguasa elit dan politik wang yang merosakkan.

“No matter what he does, every person on earth plays a central role in the history of the world. And normally he doesn’t know it.” Paulo Coelho

What PEJUANG is not?

“Life’s not about how you can hit… it’s about how hard you can get hit, and still keep moving forward.” Rocky Balboa

Phrases like, ‘the father-and-son party’, ‘losers’ party’, ‘splinter of a splinter party’, ‘aged Malay males party’, ‘just another Malay party’, ‘Pejuwang’, etc. are amongst names used to mock this new, yet to be registered party, founded (once again) by the two-time Prime Minister of Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhammad (TDM).

After his failed attempt to bring an alternative Malay party through the establishment of Bersatu in 2016 (to replace the ‘corrupted to the core’ UMNO), TDM made the headlines again with the announcement of yet another party – this time as an alternative to both UMNO and Bersatu. To TDM, Bersatu had bee hijacked by the current PM, Tan Sri Muhyidin: the ‘Backdoor Government’ that was the result of the notorious Sheraton Move. Unless removed, the ‘Scheme of Things’ Government will forever trap Malays and Malaysian in the insidious trap of money politics and bad governance.

TDM believes that there must be an effort to stop the unhealthy practice of money politics – a practice that was supposed to meet its end when PH came into power (when it defeated UMNO and BN). However, the dream was shattered by the Sheraton Move.

The nefarious Sheraton Move heralded a return to the bad old ways. Bersatu had succumbed to its UMNO DNA and reverted to its UMNO roots. In effect, it became UMNO once again in everything but name. The new unnamed Government also saw TS Muhyidin eat humble pie and embrace, once again, Najib and his UMNO allies.

However, the main question remains, how will TDM ensure that this new (and still unregistered) party will not repeat the mistakes of UMNO, and especially that of  Bersatu?

Should any political analyst care to dissect the major failure of Bersatu, they will find that there are few major causes that caused it to implode and revert to its UMNO roots

The raison d’être of Bersatu – despite its commitment to its motto, Bersatu, Beramanah dan Berintegriti (unity, trustworthiness and integrity) – was that it was still based on the UMNO dogma: ‘the power concentration’ of Malay elites through patronage politics. Naturally this saw the  recycling of former UMNO leaders – who even though they disagreed with Najib – still carried the same spirit of elitism and patronage.

Most Heads of Division and opportunistitc business people within Bersatu then busied themselves with the quest for ‘peruntukan’ (allocations) to be given to the divisions, and contracts to be given to them by Bersatu in order to ‘strengthen’ the party and the grassroots. According to them, without the fund, grassroots, and especially the Heads of Divison, would suffocate. This story in not much different from the one told during its UMNO days.

Apart from that, the organizational structure of Bersatu – clearly represented in its constitution – reflected that of UMNO’s. Here, power was concentrated among the Heads of Divisions. Along with that came the power of the Heads of Divisions to choose the central leaders.

The politics of patronage of the elite to continued to flourish within Bersatu – ironically, the very same party that hoped to replace UMNO. This, of course, came with the attendant money politics that irreparably corrupted the politics of the Malays. To make matters worse, most of the Heads of Divisions, and the central leadership of Bersatu were former UMNO members.

With this explosive recipe, the return to the bad old days of UMNO was inevitable. This is evidenced by Bersatu leaders returning to their old UMNO ways in what is now known as Perikatan Nasional, and later in Muafakat Nasional.

What must Pejuang do to avoid this fiasco from occurring again? What must TDM – along with the founders of this party – do to set the right footing for this new party? What is the risk management plan so as to ensure that Pejuang will NOT become UMNO 3.0, or Bersatu 2.0?

First, Pejuang should make a radical paradigm shift in Malay politics. The former elite patronage-based politics, long practiced by UMNO (and later continued by Bersatu) should be replaced with ‘service-based politics’, or ‘acitivism-based politics’.

This new paradigm must make it clear to the Malays (since Pejuang is a Malay-based party to help the Malays) that politics is not a space for them to make their fortune, but rather, it is a place for them to serve the people, whether or not they are within the power structure.

For more than sixty years, the Malays have long been accustomed to the power-based politics of UMNO. This mentality has once again come to the fore, thanks to Muhyidin. Hence, the political psyche of the Malays is back to one where they must depend on those who are in power. Further, those in power, in turn, believe that they are the masters the people who must now depend on them in order to thrive.

The notion that politics is means for the political representative to facilitate the people’s welfare and interests does not exist in this paradigm, at least, not patently. The feeling that politicians are the servants who serve the rakyat is simply not there. This, naturally, has given rise to the snobbery we are seeing in leaders of UMNO, Bersatu, and of late, even PAS. Elitism and power over the people has blinded them from the Islamic concept of leaders as the servants of the people.

This is the gap that Pejuang must fill. If Pejuang continues to cultivate the politics of elite Malay patronage, it will seal its own fate: failure and doom will be a given.

But how will Pejuang embed this ‘politics of service’ and ‘politics of activism’ as its core value?

Pejuang must comprise of Malay representatives from all segments – representation that cuts across the socio-economic spectrum and rise above petty party politics. Recycling former UMNO and Bersatu faces is not the answer and will not bring Pejuang anywhere. By doing so it will be doomed to repeat the mistakes of UMNO and Bersatu.

Pejuang must be represented by Malay NGO leaders, activists, influencers, intellects, corporate leaders, small business representatives, professionals, educators, artists, sportsmen, unionists, workers activists and go beyond the old political status quo. Leaders elected must be those who are already working for the people even without the party. Their involvement in the party must not be for personal interest or positions. Their participation must be driven by the urge to strengthen their activism and to further their ideals.

They must NOT come to the party with the quest for personal benefit; they should join the party in order to enhance and strengthen the party with what they are already currently doing. These are people who will lose nothing without the party, but who will continue to contribute meaningfully by their affiliation to the party.

The question now is, is that even possible?

To this, I  boldly say, “Yes, it is!”

A paradigm shift in Malay politics is badly needed and should start somewhere. Pejuang is the the launching-pad for that change..

Instead of whining and groaning about their dissatisfaction or disappointment with politicians, Malays must now act on the realisation that the time has come to create meaningful and lasting change by becoming Pejuang members, and leaders.

It is time to take responsibility for our future. Malay politics is in dire need of change – change that will positively affect the entire landscape of the nation’s politics. Should Perikatan Nasional continue to shape the Malay politics, the nation will continue live by money politics, corruption and kleptocracy. And this, indeed, will be a sad state of affairs.

Equally, Pejuang must bring a much needed breath of fresh air to Malay politics – with a new and innovative approach.

Pejuang must position itself as a party of activists. It must be party that insists in serving the people, and not the other way around. Pejuang must shed itself of elites who think of themselves as those who know better than the people. Neither must it consist of people whose raison d’être in politics is to plunder people’s money through their positions and Government contracts. Instead, it must consist of those who are already striving for the people, especially those who are already helping poor and unfortunate Malays in whatever capacity they are in.

Pejuang must be very selective in accepting those who will lead the party – even in its infancy stage. The party must formulate a special mechanism that will filter out undesirables from joining its leadership structure. Pejuang must adopt the rigorous filtration process to ensure that only those who are suitably qualified and tested can reach the leadership rank.

Apart from that, leaders of Pejuang should represent their different niches so as the to serve different segments of the society. The nature of political discourse of the party should not revolve around the party election: the desire for a position as a Head of Division, or to be a member of Central Committee. Instead, it must focus on real solutions for real people – real solution for real Malay problems.

Members and leaders alike must be workers and activists who are willing to roll up their sleeves and dirty their hand so that they can benefit the people in real and meaningful ways. They must be the ones who are determined in promoting, propagating, or promulgating policies that significantly impact the people, especially the less-fortunate. They must be those who are active in Parliament, the DUNs, the media and all any available platform that champions the people’s interest.

Pejuang’s Central Committee must be relentless in its role as a shadow Cabinet. Each Pejuang leader monitor all the Ministries to ensure good governance, and to help formulate the best policies possible for the people. No less important is that Pejuang must be severe in its adherence to the very principle of its foundation: the promotion of clean politics, and zero tolerance for corruption and the abuse of power.

Pejuang must be a new disruptive force in the national politics, and more importantly, in Malay politics. Pejuang must bring about the end to the old elitist patronage-based Malay politics. It must herald the beginning of a new era: the era of progressive Malay politics that is based on service, activism and policy advocacy. In a nutshell, Pejuang must be a new hope for the nation, a new Malay-based political party who will fight for a better future for the nation and its people.

In addition, Pejuang’s organizational structure of must be totally different from that of UMNO’s and Bersatu’s. As mentioned earlier, the elitist patronage politics that eventually breeds money politics in Malay society is due to the organizational structure that allows power to be concentrated within the hands of the Heads of Divisions (mainly the warlords who lord over grassroot members).

In order to achieve its organisational goals, it is imperative that Pejuang adopts an organisational structure that rejects any semblance to that of UMNO’s or Bersatu’s.

The only difference between UMNO and Bersatu is that Bersatu allows the Division representatives (not the heads of divisions alone) to elect the Central Committee and its top leadership. However, the Heads of Divisions in both parties remain the driving force that determine the power structure and who controls the party.

This is what allows money, positions and contracts to be disbursed to the Heads of Divisions. This is also what determines that certain figures are elected to or remain in a leadership role. Money also been used for those heads to get to their position, with the hope that they will be chosen to be candidates in either the general or state elections, or to get those perks given by those who are aiming to be at the central leadership. This is why the money politics keeps flourishing in both UMNO and Bersatu. This best distilled by the infamous Najib Tun Razak’s mantra, “Cash is King”!

In order to avoid the same fate as Bersatu and UMNO, Pejuang must never emulate such an organizational structure. There must be no Divisions, and thus, no Heads of Divisions who will go on to be ‘warlords’ – pockets of self-serving power who determine the ultimate direction of the party notwithstanding that this will contravene its founding principles.

Instead, Pejuang grassroots chapters at the cawangan (branches) level must directly report to the State Committee whom they elected. In turn, and the State Committee will be report to the central leadership who will be elected based on the strength of their activism.

As mentioned earlier, the Central Committee must comprise of those who are represent their various niche areas and segments of the society. Only through this new paradigm shift will  Pejuang escape the abyss of patronage-based and money politics.

“No matter what he does, every person on earth plays a central role in the history of the world. And normally he doesn’t know it.” Paulo Coelho

Menilai Nasib Bersatu di Johor

Johor ialah sebuah negeri yang mencipta keajaibannya yang tersendiri apabila setelah berpuluh tahun dikuasai UMNO, Johor akhirnya jatuh ke tangan Pakatan Harapan semasa Pilihan Raya ke-14.

Walaupun Bersatu bukanlah pemenang terbesar kerusi-kerusi DUN yang dipertandingkan, namun Johor telah diserahkan kepada Bersatu untuk dianggap sebagai negeri Bersatu.

Ini merupakan satu pengiktirafan yang tinggi kepada Bersatu oleh parti-parti komponen PH yang akhirnya dikhianati oleh Bersatu feksyen Tan Sri Muhyiddin Yassin. Akhirnya kerana pengkhianatan inilah, Bersatu diserah secara percuma kembali kepada UMNO selepas Langkah Sheraton.

Jika disorot kembali, pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, Bersatu diberi amanah untuk bertanding di 17 kerusi di kawasan majoriti Melayu dan rata-ratanya untuk berlawan dengan UMNO.

Bersatu berjaya meraih kemenangan dengan 8 kerusi untuk Pakatan Harapan mengambil alih Kerajaan Negeri dengan jumlah 36 kerusi, berbanding 20 untuk gabungan lawan (17 dari UMNO,  1 dari MIC  dan 1 dari PAS). 

Sejurus kemudian, 3 lagi ADUN UMNO yang menang di Endau, Johor Lama dan Sedili melompat ke Bersatu, menjadikan kerusi Bersatu 11 sekaligus meningkatkan jumlah kerusi PH menjadi 39, manakala kerusi BN (dan PAS) tinggal 17.

Kerusi yang ditandingi oleh Bersatu di Johor melibatkan 524,413 pengundi. Daripada 524,413 pengundi ini, kita boleh bahagikan komposisi etniknya seperti berikut:

Komposisi etnik Melayu ialah 63%.

Cina ialah 29% 

India pula 8%. 

Dari jumlah keluar mengundi iaitu seramai 434,473 (bersamaan dengan 82.8%), sokongan undi popular Bersatu berada berada di tahap 49.4% melalui undi yang diraih sebanyak 214,703.

Bersatu berjaya meraih undi sebesar itu kerana sumbangan undi bukan Melayu sebanyak 133,550. Ternyata di Johor, undi bukan Melayu lebih besar berbanding undi Melayu yang hanya sebanyak 81,150. 

Kesimpulannya di Johor, tahap sokongan undi Melayu untuk Bersatu berada di tahap 29.6% sahaja.

Kini, sejurus Langkah Sheraton, Tan Sri Muhyiddin telah membawa keluar Bersatu dari PH dan bergabung dengan gabungan tidak berdaftar yang digelar sebagai Perikatan Nasional (PN). Hasilnya, Johor bukan lagi milik Bersatu seperti di dalam PH. 

Bukan sekadar Menteri Besar Johor bukan dari Bersatu, malah Bersatu menjadi pasif dan tidak sedominan UMNO. Agak menarik, UMNO yang dahulunya kalah dan ditolak oleh rakyat Johor, kini kembali memerintah Johor dengan pengorbanan besar dari Bersatu yang telah memberikan segalanya kepada UMNO. 

Sejarah akan merakamkan peristiwa yang paling ironik ini, dan anehnya ia boleh diterima oleh Bersatu feksyen Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan rela hati.

Walau bagaimanapun, cabaran yang terbesar bukanlah di waktu sekarang ini. Jika Bersatu mampu untuk melihat ke hadapan dan berfikir sedikit panjang, cabarannya ialah pada Pilihan Raya Umum ke-15 dan Pilihan Raya Negeri yang akan belangsung selari dengan PRU15 tersebut. Dalam menuju Pilihan Raya Negeri atau Pilihan Raya Umum ke-15, rundingan pembahagian kerusi dengan rakan-rakan dalam ‘PN’ tentunya tidak mudah. 

Bersatu yang sangat bermurah hati menggadaikan negeri milik mereka kepada UMNO melalui pakatan tidak berdaftar, tentunya mengharapkan untuk diberi laluan oleh PAS dan UMNO di Johor tanpa diganggu untuk bertanding di sekurang-kurangnya 11 kerusi milik Bersatu kini.

Tanggapan mereka bahawa pertandingan satu lawan satu bertembung dengan PH, Bersatu feksyen Tan Sri Muhyiddin akan memperoleh kemenangan mudah. 

Namun, ia tidak semudah itu.

Situasinya, dari 11 kerusi Bersatu kini, 3 kerusi daripadanya merupakan kerusi tradisi UMNO. Bersatu juga tewas kepada UMNO di ketiga-tiga kerusi ini pada PRU14. Kalaupun menang atas tiket Bersatu pada PRU15 nanti, kerusi ini pada dasarnya adalah kerusi UMNO.

Dari 8 kerusi asal yang dimenangi Bersatu, paling tidak pun cuma 1 kerusi (iaitu Bukit Kepong) yang agak selamat untuk Bersatu, manakala 7 kerusi lain, tidak akan selamat. 

3 dari mereka sudah pasti kalah, terutamanya kerusi Puteri wangsa kerana ianya merupakan Kawasan campur yang mana Bersatu memenanginya adalah kerana pengundi bukan Melayu yang menyokong PH, manakala 4 lagi akan kalah ataupun menang tipis berdasarkan demografi bukan Melayu yang besar, termasuk kerusi Gambir milik Perdana Menteri.

Perlu diingat, sepertimana yang telah disebutkan sebelum ini, Bersatu berjaya meraih undi di DUN-DUN yang mereka tandingi pada PRU14 kerana sumbangan undi bukan melayu (133,550) yang lebih besar berbanding undi melayu (81,150). Perlu diulang, tahap sokongan undi melayu untuk Bersatu di Johor berada pada tahap 29.6% sahaja.

Sekiranya Bersatu memilih untuk bersaing sendiri sebagai parti melayu semata mata dan tidak memanafaatkan asas pengundi bukan melayu dan pengundi Melayu bukan UMNO-PAS, segmen pasaran Bersatu cuma seramai 81,150. 

Semua sedia maklum, hampir separuh dari undi melayu ini adalah bekas pengundi tradisi UMNO yang mengundi Bersatu pada PRU14 atas faktor menolak korupsi dan rasuah UMNO, begitu juga dengan faktor Tun Dr Mahathir. 

Tun Dr Mahathir merupakan faktor penting sehingga ramai pengundi tradisional UMNO di Johor beralih kepada Bersatu atau PH sewaktu itu. Jika dipisahkan undi mereka ini, asas yang ada untuk Bersatu adalah di sekitar 9% undi popular sahaja. Bilangan ini tidak cukup untuk memenangkan Bersatu jika berhadapan tiga penjuru, hatta jika berhadapan dengan PH nanti pun sekiranya Tun tidak lagi bersama dengan Bersatu. 

Dengan 9% undi popular, tak sukar untuk membayangkan senario semua calon Bersatu di Johor nanti. Semuanya akan hilang deposit pada PRU15 nanti.

Untuk menghadapi PRU15 nanti juga, Bersatu perlu membawa 11 kerusi ini sebagai bekal berunding berkenaan agihan kerusi sekiranya Bersatu akan bertanding di bawah payung PN yang masih tidak berdaftar. 

Persoalannya, jika kerusi sedia ada pun Bersatu cuma mampu menang 1 kerusi, disamping 3 kerusi percuma dari UMNO, bagaimana mungkin Bersatu boleh membuat tuntutan untuk berebut lebih banyak kerusi? Apatah lagi untuk memenangkan kerusi tersebut dan menyumbang kepada koalisi PN.

Jika berterusan bersama PN, Bersatu akan termaktub dalam buku sejarah sebagai sebuah parti satu musim pilihanraya di Johor. 

Yang jelas, Bersatu Johor dengan bermurah hati dan redha bahawa mereka tidak akan selamanya kembali dipilih sebagai Menteri Besar Johor. Mereka juga sangat bermurah hati untuk mewakafkan kerusi tersebut selamanya kepada UMNO. 

Dan bersama PN juga bermaksud Bersatu rela melukut di tepi gantang dengan menobatkan UMNO selamanya sebagai pemerintah Johor. 

Persoalan saya, apakah ini yang dimahukan oleh rakyat ketika mereka mengundi Bersatu dalam PRU 14 yang lalu? 

Apakah ini juga harapan hali-ahli Bersatu di Johor ketika mereka meninggalkan UMNO dan menyertai Bersatu pada awal penubuhannya dahulu?

YB Dr Maszlee Malik

Ahli Parlimen Simpang Renggam

Galah Sejengkal Tun Dr. Mahathir

Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz pernah ditanya, 

“Tok Guru, apa perlunya kita kena berpakat dan bekerjasama dengan orang lain seperti Semangat 46, Keadilan dan DAP? Padahal kita dah kuat, penyokong kita ramai, kita boleh menang sendiri di Kelantan.”

Jawab Tok Guru, “Beginilah. Umpama kita nak kait rambutan. Pokok rambutan tinggi. Galah kita tak sampai. Kalau kita cari sejengkal lagi galah, sambung dengan galah kita, Insha-Allah satu pokok rambutan kita boleh kait. Galah sejengkal inilah yang membantu kita dapat banyak lagi hasil.”

Tulisan saya yang lepas telah jelas saya nyatakan bahawa kalau PH hanya berharap kepada kemampuan Dato’ Seri Anwar Ibrahim, maka sampai bila-bila pun PH tidak akan mampu melepasi angka keramat 112. 

Telah terbukti di beberapa PRU sebelum ini bahawa kekuatan maksimum Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanyalah sekitar 78-80 Ahli Parlimen di Semenanjung. Ditambah dengan Ahli Parlimen DAP dan PKR di Sabah dan Sarawak, bolehlah mencapai angka 92 iaitu satu blok pembangkang yang cukup kuat.

Jika hanya mahu menjadi pembangkang sampai bila-bila, bolehlah ketepikan Tun Dr Mahathir dan pengaruh yang beliau bawa. Tapi jika mahu kembali sebagai Kerajaan seperti yang telah diberikan mandat pada PRU14 yang lalu, maka di sinilah ‘galah sejengkal’ Tun Dr Mahathir berperanan. 

Analoginya mudah. Galah Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanya mampu mencapai 92 atau lebih sedikit tetapi tidak mampu melepasi 112, sebaliknya sekiranya disambung dengan galah sejengkal Tun Dr Mahathir, maka angka 112 boleh dilepas. Bahkan 130 atau lebih sedikit pun boleh dijangkau. 

Tun Dr Mahathir boleh ‘ramp-it’ sehingga 148 jika betul rundingan dan percaturannya. Dengan menambah galah sejengkal Tun Dr Mahathir dengan galah Dato’ Seri Anwar Ibrahim, maka buah-buah yang banyak di bahagian atas pokok boleh dikait dengan mudah.

Rundingan untuk ambil semula Kerajaan daripada PN dan memilih Perdana Menteri ke-9 haruslah tidak dengan keyakinan bahawa PM ke-9 adalah hak mutlak Dato’ Seri Anwar Ibrahim atas dasar nombor. Hakikatnya jelas, tanpa Tun Dr Mahathir, peluang untuk mengambil semula Kerajaan pun sangatlah tipis bahkan mustahil.

Kedudukan terkini iaitu 107 bagi pihak PH+ seperti yang telah diuar-uarkan boleh dianggap sebagai ukuran galah asal yang tak cukup sejengkal. Galah Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanyalah 91. 

Tetapi faktor galah sejengkal Tun Dr Mahathir telah memanjangkannya sedikit kepada 107 buat masa ini. Tinggal 5 lagi untuk mencapai buah-buah ranum di puncak. 

Walaupun kedua-dua tokoh iaitu Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir telah kehilangan pengaruh yang agak signifikan melalui penghianatan orang nombor 2 dalam parti masing-masing, kita tetap juga perlu bertanya soalan yang realistik ini;

Siapakah yang masih berpengaruh kuat untuk berunding bagi mendapatkan sekurang-kurangnya sokongan 5 lagi kerusi yang berbaki? 

‘The New Political Norm’ atau Kebiasaan Baharu Politik di Malaysia adalah permainan nombor dan angka bilangan Ahli Parlimen. Walaupun telah berlaku sebelum ini di peringkat negeri-negeri, namun Langkah Sheraton telah mendefinisikan kebiasaan baru politik Malaysia apabila tumbangnya Kerajaan PH hanya melalui perpindahan Ahli-ahli Parlimen dari pihak Kerajaan kepada pihak pembangkang. 

Sebab itulah untuk melepasi angka 112 ini, saya khuatir kekuatan satu pihak sahaja tidak mencukupi. 

Dengan sambungan ‘galah sejengkal’ Tun Dr Mahathir bersama 5 Ahli Parlimen dan Warisan, angka 112 ini boleh dicapai. Ditambah pula dengan beberapa ahli parlimen BERSATU feksyen Tan Sri Muhyiddin yang sedang dilema mempersoalkan kedudukan mereka, selain daripada beberapa orang Ahli Parlimen UMNO yang sudah muak dengan budaya rasuah dan kleptokrasi parti mereka. 

Apabila angka 112 ini telah dicapai, galah sejengkal ini akan digunakan lagi untuk membawa angka ini kepada 130. Analoginya mudah, galah 112 ini akan berupaya menggoncangkan pohon-pohon ‘buah 18’ yang lain walaupun tinggi.

Dan apabila angka telah mencapai 130, pohon-pohon berbuah 17 (asalnya 21) pun akan turut rapuh untuk dipetik oleh galah sejengkal. Ianya bagus jika mahukan sebuah kerajaan yang stabil dengan bilangan ahli parlimen mencapai 148 sekurang-kurangnya.

Hanya melalui PH+ mengambil semula Kerajaan sahajalah negara boleh diselamatkan dan koruptor-koruptor jerung yang bakal terlepas satu demi satu tidak akan dibiarkan.

Galah sejengkal ini tidak akan berhenti di sini. Jika kita memahami keajaiban dan menghormati galah sejengkal Tun Dr Mahathir ini, bukan sahaja Kerajaan boleh diambil semula, PRU15 pun bolehlah distrategikan untuk menyempurnakan ‘Heineken Effect’ (to reach where others can’t) dan seterusnya menang dengan bergaya Insya-Allah.

YB Dr Maszlee Malik

Ahli Parlimen Simpang Renggam

Dr. Maszlee Malik adalah mantan Menteri Pendidikan Malaysia dan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan.

Hakcipta Terpelihara © Dr. Maszlee Malik.

Laman web oleh Grocern.